Kurai Inn Perak

Host
Rabain Hassan
Title
Kurai Inn Perak
Location
Kuala Kurau
Price
$ 211.68
  • Type Apartment
  • Rent Type Entire home
  • Bathroom 8 Bathroom
  • Bedrooms 10 Bedrooms
  • Guest 15Peoples

Property Description

Kurau Inn Homestay terletak di Kuala Kurau, Perak. Memanglah pekan kecil ini kurang dikenali kerana kedudukannya yang agak jauh dari lebuh raya dan jalanraya utama. Pekan ini juga kurang menyerlah kerana tiada pubisiti diberikan baik oleh media massa maupun pihak Kerajaan.

Sungguhpun begitu, dengan adanya media sosial, satu demi satu keindahan pekan kecil ini terpancar keluar. Keenakan makanan laut yang disajikan oleh restoran-restoran sekitar Kuala Kurau semakin mendapat sambutan. Dengan ehsan media sosial, pekan kecil ini mula menerima tetamu dari kota-kota besar seperti Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Dari hari ke hari, Kuala Kurau dikunjungi oleh pelancong-pelancong tempatan. Sekarang ini, pelancong luar negara juga mula datang untuk melihat sendiri kehidupan sebenar masyarakat di sini.

Untuk kaki pancing, Ban Pecah pasti sudah tidak asing lagi. Tempat itu hanya kira-kira 3 - 4 kilometer dari Kurau Inn Homestay.

Jika anda ingin memancing di kelong, jetty ke kelong itu hanya kira-kira 2 kilometer dari Kurau Inn Homestay.

Jika anda ingin menyewa bot untuk memancing, kami juga sedia membantu anda mendapatkan tekong yang berpengalaman untuk membawa anda ke lubuk ikan.

Jika anda ingn mengail udang galah atau ikan sembilang, kami juga mempunyai orang-orang yang sedia menemani anda ke tempat-tempat tersebut.

Atau jika anda minat memancing ikan air tawar, anda boleh memancing di depan dan di sekitar homestay saja.

Jalan-jalan Cari Makan?

Anda pasti tidak kecewa bila berada di homestay kami. Ini disebabkan kedudukan homestay ini yang hampir dengan tempat-tempat menarik di Kuala Kurau. Contohnya, anda boleh menikmati Shell out di mana restoran itu hanya kira-kira 500 meter dari homestay. Malah jika anda ingin menikmati keenakan shell out di pekarangan homestay ini, anda juga boleh membuat pesanan melalui telefon, dan mereka sedia menghantarnya ke homestay tanpa anda perlu ke restoran tersebut.

Anda mungkin pernah mendengar Mee Udang Bermadu Parit 30? Restoran itu hanya kira-kira 3 kilometer dari Homestay kami. Di samping keenakan makanan laut yang segar, anda pasti tidak akan lupa betapa sedapnya kuah mee tersebut, Itulah sebabnya Restoran di Parit 30 itu menjadi favorit dan viral di media sosial sejak beberapa lama.

Semasa berada di Kuala Kurau, anda jangan melepaskan peluang merasa keenakan kari sembilang. Kebanyakan restoran Melayu di pekan ini menyediakan juadah istimewa ini, tak kira waktu sarapan pagi, makan tengah hari atau pun makan malam.

Pasti tidak sah kehadiran anda ke kawasan ini tanpa merasa ketam lembut. Anda boleh mendapatkan ketam lembut di Restoran Terapung J S Muara, Kuala Gula (Kira-kira 10 kilometer) atau di Restoran Berasap Kak Ros, di Sungai Baru (5 kilometer)

Kurau Inn Homestay

Homestay ini terdiri daripada 6 unit rumah yang lengkap dengan segala kemudahan sebagai sebuah rumah.

Unit 101
4 Bilik Tidur dan 2 Bilik Mandi
2 katil saiz queen (Penghawa Dingin)
2 katil bujang (Kipas Siling)
1 katil sofa
Dapur
Ruang Tamu
Ruang Makan
TV dan lain2
Kapasiti: 7 tetamu

Unit 102
3 Bilik Tidur 2 Bilik Mandi
3 katil saiz queen (Penghawa Dingin)
Dapur
Ruang Tamu
Ruang Makan
TV dan lain2
Kapasiti: 6 tetamu

Unit 103
Studio Apartment (Penghawa Dingin)
1 katil saiz queen
1 katil saiz bujang
1 sofa bed
Dapur
Ruang Makan
Ruang Tamu
Kapisiti: 4 orang

Unit Famili (3 unit di Tingkat Atas)

Ruang legar
Balcony di setiap unit
Dining set di setiap unit
Bilik mandi di setiap unit
Kapisiti: 5 tetamu setiap unit

Kapisiti keseluruhan: 32 tetamu

Price Variation

  • Price
    $ 211.68 / per night (for entire home)
  • Holiday Price
    $ 188.16 / per night (for entire home)
  • Weekend Price
    $ 188.16 / per night (for entire home)
  • More than 7 nights Price
    $ 282.24 / per night (for entire home)
  • More than 30 nights Price
    $ 152.88 / per night (for entire home)

Additional Charges

  • Cleaning Fee
    $ 23.52(Extra)
  • Allow guest more than capacity
    Yes ($ 4.70(per person) (Extra)

Cancellation Policy

Flexible: Full refund 1 day prior to arrival

Location

  • Parit Mat Ali, Tanjung Piandang, Perak, Malaysia Directions

Amenities

  • Kitchen
  • Air Condition
  • Internet
  • Dryer
  • Wireless Internet
  • Kettle
  • Essentials

House Rules

    No House Rules Found.