Homestay Selesa Kampung Batu Muda,Kuala Lumpur

Host
Abdul Rahim
Title
Homestay Selesa Kampung Batu Muda,Kuala Lumpur
Location
Kampung Batu Muda
Price
$ 58.80
  • Type Apartment
  • Rent Type Entire home
  • Bathroom 2 Bathroom
  • Bedrooms 3 Bedrooms
  • Guest 15Peoples
  • Pickup
  • Meal

Property Description

Homestay ini terletak di Lot 59039, Persiaran 1/12B, Kampung Batu Muda Kuala Lumpur di bawah seliaan Selesa AR Ventures dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no pendaftaran syarikat 002807200-H. Terdiri daripada 2 unit rumah banglo yang dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air bagi rumah A dan 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi rumah B. Homestay turut mempunyai tempat letak kereta sendiri dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk membantu urusan harian penyewa seperti televisyen, sofa, sofa bed, meja, meja makan, katil, almari, perabot, tabletop, oven mesin basuh, peti sejuk, cerek air pinggan, mangkuk, cawan, dapur dan peralatan memasak, aircond dan lain-lain. Homestay adalah terletak berhampiran dengan pelbagai kemudahan penduduk seperti Masjid Saidina Hamzah, Dewan Komuniti Taman Batu Muda, Dewan Komuniti Taman Koperasi Polis, Darul Kifayah, LRT Sentul, KTM Sentul, KTM Batu Caves, dan kolej kerajaan dan swasta seperti Kolej Unikop, Kolej Picoms, International Islamic College, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kawasan homestay ini turut mempunyai kemudahan seperti perkhidmatan bas, teksi dan mempunyai akses kepada laluan lebuhraya-lebuhraya utama seperti MRR2, Sentul Link, Duke, dan lain-lain bagi memudahkan perhubungan. Kedudukan yang dekat dengan Bandaraya Kuala Lumpur menjadikan ia satu lokasi yang strategik untuk dijadikan tempat penginapan bagi tujuan rasmi atau tidak rasmi samaada di luar atau di dalam Kuala Lumpur.

Kadar sewa Homestay adalah RM 250 semalam dan deposit keselamatan sebanyak RM50 satu malam bagi satu rumah diperlukan dan akan dipulangkan apabila rumah dikembalikan dalam keadaan baik seperti ketika diserahkan dulu. Bagi tambahan masa, kadar sewaan adalah RM20 satu jam. Deposit separuh daripada jumlah sewaan adalah diperlukan sebagai tanda booking pada tarikh yang dikehendaki.

Untuk tempahan, sila berhubung dengan kami melalui telefon, sms atau whatsapp di talian :

[removed]
[removed]
[removed]
[removed]
Sekian, terima kasih

Posted on 05/04/2018
Leave a comment

Activity

Price Variation

  • Price
    $ 58.80 / per night (for entire home)
  • Holiday Price
    $ 65.86 / per night (for entire home)
  • Weekend Price
    $ 65.86 / per night (for entire home)
  • More than 7 nights Price
    $ 63.50 / per night (for entire home)
  • More than 30 nights Price
    $ 58.80 / per night (for entire home)

Cancellation Policy

Flexible: Full refund 1 day prior to arrival

Location

  • 3, Lorong 2/12b, Kampung Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Directions

Amenities

  • TV
  • Air Condition
  • Kitchen
  • Free Parking
  • Refrigerator
  • Washer
  • Iron
  • Shampoo
  • Muslim Only

House Rules

  • Suitable for children (2-12)
  • Events or parties allowed
  • Suitable for infants (under 2)