Homestay Nusa Bayu Nusajaya

Host
Mohd Syafiq
Title
Homestay Nusa Bayu Nusajaya
Location
Johor,Johor Bahru
Price
$ 75.26
  • Type House
  • Rent Type Entire home
  • Bathroom 3 Bathroom
  • Bedrooms 4 Bedrooms
  • Guest 14Peoples

Property Description

Lokasi Homestay Nusa Bayu Nusajaya

- Terletak di Taman Nusa Bayu, Nusajaya, Johor. Bandar Nusajaya atau kini dikenali sebagai Iskandar Puteri ini merupakan sebuah projek pembangunan bandar bertaraf dunia antara yang terbesar di Asia Tenggara
- Taman Nusa Bayu merupakan kawasan yang sangat strategik kerana ia terletak bersebelahan Lebuhraya Pontian yang menghubungkan Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia – Singapura dan Lebuhraya Utara Selatan (Exit 309: Persiaran Bayu). Akses yang mudah ini dapat memberi kelebihan bagi anda yang memandu kenderaan sendiri.
- Lokasi homestay ini terdapat di dalam Google Maps dan Waze. Oleh itu, anda tidak perlu khuatir untuk mendapatkan arah ke homestay ini.
- Jika anda menaiki kapal terbang, homestay ini terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
- Jika anda dari Singapura pula, homestay ini terletak hanya 15 minit dari Kompleks Kastam Tanjung Kupang.

Kelebihan Homestay Tawakkal Nusa Bayu

- homestay ini merupakan kediaman teres dua tingkat berkeluasan 20 kaki x 70 kaki
- homestay ini mampu memuatkan 2 buah kereta di dalam parking berbumbung yang luas dan selamat.
- homestay ini dilengkapi 4 bilik tidur dan 3 bilik air
- Bilik Tidur Utama: 1 katil Queen dan 1 katil single (bilik berhawa dingin, bilik mandi dilengkapi air pancuran mandian panas dan balconi peribadi)
- Bilik Tidur Kedua: 1 katil Single (bilik air berkongsi dengan Bilik Tidur Ketiga)
- Bilik Tidur Ketiga: 1 katil Queen (bilik air berkongsi dengan Bilik Tidur Kedua)
- Bilik Tidur Keempat (tingkat bawah): 1 katil Queen (bilik berhawa dingin dan bilik mandi dilengkapi air pancuran mandian panas)
- Ketiga-tiga bilik mandi dilengkapi sabun mandi dan syampu
- Ruang Tamu homestay ini sangat luas dan dilengkapi set sofa, TV LCD dan ASTRO Njoi.
- Ruang Makan pula dilengkapi set meja makan untuk 6 orang.
- Dapur dilengkapi Pinggan Mangkuk, Sudu Garfu, Sinki, Peti Sejuk, Cerek Elektrik., Periuk Nasi, Dapur Gas dan Mineral Water Dispenser.
- Antara kemudahan lain yang disediakan adalah mesin basuh automatik, tuala, sejadah, kain pelikat, telekung, seterika dan papan seterika.

Destinasi menarik sekitar homestay

- Legoland Malaysia - 10 minit
- Educity - 10 minit
- Kota Iskandar - 10 minit
- Hospital Columbia Asia – 10 minit
- Johor Premium Outlet - 15 minit
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai - 15 minit
- Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour - 15 minit
- Pinewood Iskandar Malaysia Studios - 15 minit
- Puteri Harbour Family Theme Park - 15 minit
- Danga Bay - 15 minit
- Angry Bird Activity Park - 20 minit
- UTM Skudai - 20 minit
- Pelabuhan Tanjung Pelepas - 20 minit
- Forest City - 20 minit

Penginapan di Homestay Tawakkal Nusa Bayu ini bermula dari RM320 pada hari biasa, RM350 pada hujung minggu dan RM370 pada Cuti Umum & Cuti Sekolah. Diskaun khas akan diberikan sekiranya anda menginap lebih dari 2 malam. Cepat booking sebelum tempahan ditutup!

Bagi yang berminat untuk bercuti & menginap di Homestay Tawakkal Nusa Bayu di Nusajaya, Johor Bahru ini boleh ke laman web dan laman sosial berikut untuk keterangan lanjut dan booking.

 

Price Variation

  • Price
    $ 75.26 / per night (for entire home)
  • More than 7 nights Price
    $ 82.32 / per night (for entire home)

Cancellation Policy

Flexible: Full refund 1 day prior to arrival

Location

Amenities

  • Kitchen
  • TV
  • Free Parking on Premises
  • Air Condition
  • Refrigerator
  • Kettle
  • Essentials
  • Washing machine

House Rules

    No House Rules Found.