Homestay Murah Villa JDT Kulai Johor

Host
Ali Umar
Title
Homestay Murah Villa JDT Kulai Johor
Location
Kulai
Price
$ 235.20
  • Type House
  • Rent Type Entire home
  • Bathroom 3 Bathroom
  • Bedrooms 5 Bedrooms
  • Guest 14Peoples

Property Description

Homestay Murah Kulai Johor atau Villa JDT terletak di Kulai Johor.

1 Unit : Corner lot, rumah teres setingkat (4600 square feet, 38X70 luas binaan)
Lokasi:2864, Jln Sri Putri 10/3, Taman Putri, Kulai, Johor.

KELENGKAPAN HJM:
?5 Bilik Tidur (semua bilik katil queen berhawa dingin+kipas syiling)
?3 Bilik Air (satu tandas cangkung dan 2 tandas duduk)
?7 unit aircond untuk semua bilik, ruang tamu & dapur.
?Free WIFI.
?TV 48 inci saluran HD dan Home Theater (banyak DVD disediakan).
?Alatan memasak yang lengkap.
?BBQ set dan steamboat set
?Penapis Air Coway 4in1(senang buat susu anak)
?Kerusi Urut dengan pelbagai fungsi.
?Exercise Bicycle
?Mini Library
?Peti Sejuk (2 pintu)
?Mesin Basuh Automatik 7 kg.
?Sabun,syampu, ubat gigi turut disediakan.
?Iron& Iron board
?Rice cooker, kuali, periuk dan peralatan memasak yang lengkap.
?Extra tilam, toto dan bantal banyak disediakan.

LOKASI HOMESTAY BERHAMPIRAN:
2-5 min ke:
?Tesco
?Econsave
?Pasaraya Titah
?Mydin Hypermarket
?Pam Minyak Caltex
?Pam Minyak Shell
?Pam Minyak Petronas
?Masjid Ar Rahman Putri
?SMK Kota Kulai
?SK Taman Kota Kulai 2
?7-Eleven
?Stadium Mini Kulai
?Azlan Seafood

10-15 min ke:
?Johor Premium Outlet (JPO)
?Warung Nasi Lemak Wak Kentut
?5D Art Studio Kulai
?AEON
?Hutan Bandar Putra
?Gunung Pulai
?Star Fish Leisure Farm
?Hospital Kulai
?Station bus Kulai

20-30 min ke:
?LEGOLAND
?Hello Kitty
?Angry Bird Park
?Forest City
?Danga Bay
?Kilang Bateri
?Hospital Sultanah Aminah
?Hospital Sultan Ismail
?Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
?Terminal Bas Larkin
?Stadium Larkin

Kedudukan Homestay Johor Murah berdekatan dengan kemudahan asas seperti
MASJID, KEDAI MAKAN, KEDAI RUNCIT, 7ELEVEN, PAM MINYAK, ATM, KLINIK & HOSPITAL

 

Syarat & Peraturan Bagi Penghuni Homestay Murah Kulai Johor :
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Hanya tetamu MUSLIM yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.
2. Waktu Check-in 2:30 petang hingga 10:00 malam dan Waktu Check-out 12:00 tengahari.
Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in pada hari itu, masa check-out boleh dilanjutkan dengan kadar RM50/jam atau dengan persetujuan budi bicara. (Dengan syarat tiada customer pada hari berkenaan)
3. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah. Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.
4. Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah. Sila buang sampah/sisa ke dalam bakul atau tong sampah yang disediakan.
5. Sila cuci atau basuh dan kembalikan ke tempat asal semua peralatan pinggan-mangkuk yang telah anda gunakan.
6. Sila jemur tuala atau pakaian basah di ampaian yang disediakan di hadapan rumah kediaman.
7. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas, paip air dan aircond jika tidak digunakan.
8. Meletakkan kenderaan dengan berhemah dengan tidak mengganggu lalu lintas dan menimbulkan kemarahan jiran-jiran.
9. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak jiran di taman perumahan ini. Elakkan daripada membuat bising di larut malam.
10. Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah. Pastikan pintu, gril dan pagar dikunci, samada ketika anda sedang berada di rumah, mahupun apabila anda meninggalkan rumah walaupun untuk seketika. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab atas apa jua kejadian atau kehilangan barang berharga semasa anda menginap di sini.
11. Bilik air ~ Elakkan daripada membuang sesuatu (terutama tuala wanita) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat. Sila buangkan ke dalam bekas yang disediakan.
12. Laporkan sebarang kerosakan/kejadian tidak diduga yang berlaku. Wang cengkeram (sekiranya ada) anda mungkin dikira sebagai gantirugi/pampasan ke atas kerosakan/kejadian tersebut yang berlaku akibat kecuaian/kelalaian anda.
13. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot dalam premis, sila letakkan dan susun kembali di tempat asal sebelum anda check-out.
14. Dilarang merokok di dalam homestay Homestay Murah Kulai Johor.
15. Dilarang mencuri barang/alatan di dalam homestay.
16. Deposit sekuriti akan dipulangkan sekiranya tiada kehilangan/kerosakan pada peralatan dan kemudahan homestay.
17. Pembatalan tempahan perlu dibuat segera dan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh check-in. Pembatalan lewat akan menyebabkan deposit tidak akan dipulangkan.

Check-in: Bermula 2:00 petang hingga 10:00 malam (Boleh runding)
Check-out: 12:00 tengahari (Boleh runding).

Villa JDT Kulai Johor terletak di Kulai Johor menantikan kehadiran anda.

Price Variation

  • Price
    $ 235.20 / per night (for entire home)

Additional Charges

  • Cleaning Fee
    $ 11.76(Extra)

Cancellation Policy

Flexible: Full refund 1 day prior to arrival

Location

Amenities

  • Kitchen
  • TV
  • Free Parking on Premises
  • Air Condition
  • Refrigerator
  • Internet
  • Wireless Internet
  • Suitable for Events
  • Kettle
  • Washer
  • Washing machine

House Rules

    No House Rules Found.