Udang Celup Tepung di Pantai Penarik, Terengganu

Udang Celup Tepung di Pantai Penarik, Terengganu

 

Pantai Penarik merupakan salah satu tarikan yang sangat menarik di Terengganu dimana ICT dan SCT dikenali. ICT merupakan kata ringkasan bagi Ikan Celup Tepung dan SCT ialah Sotong Celup Tepung. Setiap pelancong yang melawat Pantai Penarik tidak akan ketinggalan untuk menikmati restoran ataupun kedai udang celup tepung disepanjang kawasan Pantai Penarik. Anggaran harga untuk 40 ekor udang dalam RM 10.00. Bukan setakat murah dan sedap, mereka juga ada menyediakan air percuma kepada pelanggan mereka.

Menarikkan Pantai Penarik?

Rasa tergugat dengan keenakkan udang celup tepung?

Berikut adalah antara menu hidangan yang sering dinikmati oleh pengunjung Pantai Penarik.(Lihat gambar dibawah)

Antara hidangan di salah satu kedai di Pantai Penarik

Mereka turut menyediakan menu lain selain daripada udang celup tepung, ikan celup tepung dan sotong celup tepung seperti mee sup , bihun sup dan lain-lain. Kepada penggemar keropok lekor, mereka turut menjual keropok lekor di sini. Sambil menikmati hidangan, sambil menghirup udara pantai yang segar dan menikmati pemandangan bersama keluarga tercinta. Setiap orang yang datang ke Pantai Penarik pasti akan berasa puas dan gembira pabila pulang ke rumah.

Bagi pencari ketenangan daripada hiruk-pikuk bandar, datanglah ke pantai penarik untuk menikmati keindahan disini. Tidak perlu risau tentang kediaman kerana banyak homestay atau guesthouse di kawasan pantai ini.

Macam mana nak book homestay atau guesthouse?

Boleh terus book dengan MyCribBooking di website www.mycribbooking.com .

Sebarang pertanyaan boleh ditanya melalui:

Tel : 0128178223 (Whatsapp/call) atau tinggalkan pesanan anda di ZendeskChat MyCribBooking.

 


 

 

 


Comment