Tips Warna untuk Homestay & Guesthouse

Warna merupakan antara elemen utama dalam setiap ruang. Warna juga boleh menjadi satu tarikan untuk membuatkan sesuatu ruang menjadi menarik dan cantik. Penggunaan gabungan warna yang sesuai amatlah penting bagi menonjolkan ruang homestay atau gusethouse anda. 

homestay1

1.Warna Hijau

Warna hijau sebati dengan alam semulajadi dan harmoni. Penggunaan warna hijau pada kediaman homestay mampu menimbulkan suasana yang tenang dan gembira.

Dengan melihat warna hijau dipercayai dapat mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan. Warna hijau juga adalah terapi yang baik untuk mata.

warna homestay

2.Kuning

Warna kuning adalah warna pengcahayaan yang baik untuk kediaman guesthouse. Ia mampu menampakkan ruang kelihatan lebih luas. Warna kuning juga dapat menimbulkan mood yang ceria pada guesthouse anda.

warna homestay3

3.Merah

Warna merah selalu dikaitkan dengan unsur semangat. Penggunaan warna merah dapat mewujudkan suasana yang romantis dan sensual. Sesuai untuk homestay dan guesthouse yang berkonsep romantis.

 warna cat homestay

4.Putih

Warna putih pula membuatkan ruang yang kecil tampak lebih luas. Penggunaan warna ini, setiap suduut akan melihatkan homestay atau guesthouse anda lebih formal, bersih dan minimal.

warna untuk homestay

5.Ungu

Warna ungu adalah salah satu warna yang eklsusif. Sesuai untuk semua jenis ruang. Warna ungu juga berupaya mewujudkan aura yang romantis, lembut dan ceria kepada homestay anda.

Ketahui lebih banyak penginapan, tempat percutian dan info-info yang menarik di laman MyCribBooking. Juga terdapat dalam bentuk aplikasi telefon pintar. Download sekarang di Google PlayStore!  


Comment