Tips Melancong Dalam Negara

Bila berbicara tentang negara kita Malaysia, pelancongan salah satu topik yang tidak boleh dielakkan. Ramai yang mencari tips melancong dalam negara Malaysia untuk memastikan mereka mendapat kepuasan sepenuhnya dan tidak berlaku masalah ketika berseronok ketika melancong. Berapa banyak wang yang sanggup anda habiskan untuk melancong? Mesti anda anda tak percaya rakyat Malaysia menghabiskan RM41.2 billion untuk Melancong Dalam Negara pada tahun 2014. Tidak syak lagi kita memang suka melancong samada dalam negara ataupun luar negara. Tetapi bagaimana ya, untuk mndapatkan percutian yang terbaik, teratur dan selesa dengan perbelanjaan yang murah. Kami cadangkan 5 tips melancong dalam negara untuk anda.


1. Bercuti di waktu luar musim bercuti

Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini. Melanconglah pada waktu bukan musim cuti, anda akan dapati segal-galanya mudah dan murah.


2.Pilih tempat menarik yang kurang dikunjungi

Banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan keseronokan tanpa batasan walaupun tempat tersebut kurang dikunjungi ramai, sebagai contoh anda boleh ke Hutan Royal Belum Gerik atau Taman Negara. Atau anda boleh berihat dan menikmati keindahan pantai di Pulau Tioman, Pulau Tenggol di Terengganu atau di Pulau Bohey Dulang Sabah.


pulau


3. Periksa waktu yang sesuai untuk melancong

Walaupun di Malaysia mempunyai iklim panas sepanjang tahun, tetapi terdapat juga musim hujan yang akan membatasi perjalanan anda. Di pantai timur misalnya, akan mengalami musim hujan pada bulan November hingga Mac. Pada waktu ini agak kurang sesuai untuk anda berada di tepi pantai di pantai timur kerana angin dan ombak yang kuat akan mengganggu aktiviti pantai anda. Namun pada waktu ini anda boleh memilih bercuti ke pantai barat yang menawarkan berbagai pakej pelancongan yang menarik.


hujan


4. Tempah tiket penerbangan pada waktu yang betul

Kadang-kadang apabila anda terlalu ghairah nak pergi melancong, anda terlupa memilih waktu membeli tiket penerbangan yang sesuai. Anda mungkin akan terperangkap dalam kesesakan line internet,jadi hasrat anda untuk membuat tempahan tiket kapal terbang tergendala. Pilihlah waktu selepas tengah malam, ketika orang lain sedang tidur, anda dengan selesanya membuat tempahan tanpa apa-apa gangguan. Jika anda bernasib baik mungkin anda akan mendapat tawaran tiket harga murah di saat-saat orang lain sedang tidur lena.


tiket


5. Buat tempahan tempat penginapan lebih awal

Merancang dan membuat tempat penginapan lebih awal untuk mengelakkan masalah apabila anda telah sampai ke destinasi menarik pilihan anda. Dalam musim-musim tertentu, Guest House telah habis ditempah. Anda mungkin akan merasa kecewa jika percutian anda diisi dengan tempat penginapan yang tidak menepati hati anda. Tempah seawal sebulan sebelum tarikh check in.


Credit: cari-homestay


Klik di sini untuk melihat Guest terkini di dalam list kami

Klik di sini untuk melihat Fun Experience terkini di dalam list kami

Klik di sini untuk melihat Tour Package terkini di dalam list kami


Comment