Tempat terbaik di Sepang-Homestay Banghuris | MycribBooking

                 Risau tentang tempat terbaik untuk bercuti di Sepang? Jangan risau kerana saya mempunyai solusi terbaik untuk anda semua.Homestay Banghuris pastinya menjadi yang terbaik di dalam senarai pilihan anda.Sebagai pembuka bicara, Homestay banghuris akan menyediakan sebuah keluarga hos untuk membantu anda sepanjang percutian anda di sana. Pertolongan yang diberikan oleh mereka sebenarnya telah menjangkau permintaan saya. Keluarga hos yang saya terima juga sangat penyayang dan peramah sehinggakan mereka juga mengambil kisah kebajikan saya. Mereka membuatkan anda selesa seperti anda berada di rumah sendiri dan saya rasa tiada perasaan boleh mengalahkan apa yang rasa sekarang ini.

 

 

 

Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan oleh Homestay Banghuris, namun pakej 2 hari dan 1 malam merupakan pakej yang lebih disyorkan. Daripada hanya RM160/orang, anda berpeluang menikmati dan melakukan pelbagai aktiviti ditawarkan.

       Hari pertama :

  • mewarna batik
  • melawat ladang kopi
  • melawat ladang kelapa sawit
  • menoreh getah

         Hari kedua :

  • Lawatan Industri Kecil Sederhana
  1. Kilang Agrochips (kerepek)
  2. Kilang Frozen food
  3. Kilang mi, tauhu dan tempe
  • Makan Tengah hari istimewa (Nasi Ambeng)

               Untuk pelbagai sebab yang telah dan akan saya kemukakan, Homestay Banghuris ialah sebuah tempat penginapan yang amat disyorkan dan anda semua patut menjejakkan kaki anda di sana. antara salah satu sebabnya ialah rumah tamu ini sangat selesa dan mereka juga menyediakan perkhidmatan yang lebih daripada apa yang anda perlukan seperti bantal, selimut dan sebagainya.

               Selain daripada itu, mereka juga mengajar saya sedikit sebanyak tentang pengetahuan tradisional seperti mencanting batik.Anak-anak muda pada zaman millenium ini selalunya tidak tahu cara pembuatan batik. Kehalusan seni batik merangkumi reka bentuk dan corak tekstil diasaskan daripada penggunaan lilin serta bahan pewarna dilukis secara bebas menggunakan canting nyata dikatakan mempunyai tarikan tersendiri.Aktiviti ini sebenarnya memerlukan teknik yang sangat teliti jika anda mahukan batik yang terbaik tetapi untuk seseorang yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini seperti saya, teknik ini boleh diasah jika kita selalu berlatih.

 

 

                     Tambahan pula, mereka juga membawa saya untuk melawat kawasan perindustrian di sekitar kampung itu.Kebanyakkan daripada penduduk di situ melakukan perniagaan sendiri untuk menyara kehidupan mereka.Salah satu daripada perniagaan tersebut ialah kerepek ubi. Di sini, terdapat sebuah kilang kerepek yang besar. Pekerja kilang ini kebanyakkannya terdiri daripada penduduk kampung ini sendiri.

               Untuk mendapatkan kerepek ubi yang rangup, mereka akan menggoreng ubi yang telah dihiris sehingga bewarna keemasan. Kemudian, kerepek ubi yang telah digoreng akan ditambah pelbagai perencah dan perisa menjadikan kerepek ubi tersebut terdapat kepelbagaian. Dengan ini, para pembeli dapat memilih pelbagai jenis kerepek mengikut cita rasa mereka.

 

 

             Mereka mengatakan bahawa perniagaan seperti ini amat memuaskan hati mereka kerana mereka dapat meneruskan minat mereka di samping menjadikan aktiviti ini sebagai mata pencarian.Lawatan ini amat membuka mata saya bahawa terdapat banyak cara untuk mencari duit asalkan kita semua mempunyai kemahuan untuk melakukan sesuatu itu. Saya juga dapati bahawa kilang di kampung ini merupakan antara pengilang dan pengedar kerepek ubi terbesar di Semenanjung Malaysia.

 

           Seterusnya, kami telah berkunjung ke kilang Mi, Tauhu dan Tempe. Selain dapat melihat kaedah pembuatan mi dan tauhu di situ, kami berpeluang mencuba sendiri untuk membuat tempe. Rupanya, pembuatan tempe ini tidaklah susah seperti yang saya jangka sebelum ini. Bahan-bahan membuatnya ialah kacang soya yang telah direndam, cuka dan ragi tempe. Kacang soya akan dididihkan bersama sedikit cuka. Kemudian, letakkan kacang soya tersebut ke dalam plastik atau surat khabar, dan letakkan sedikit ragi tempe. Balut plastik atau surat khabar tersebut dan peram selama 2 hari. Senang bukan? Bolehlah kita cuba sendiri di rumah! 

              Di samping itu, Saya juga mendapat peluang untuk melawat ladang dan kawasan pertanian agro di mana saya dapat merasai pengalaman,belajar dan lihat dengan mata kepala saya sendiri proses pembuatan sesuatu produk sebelum dihantar ke pasaran. Pengalaman yang saya dapat ialah sangat unik dan sukar diungkapkan dalam bentuk ayat.Saya juga terpesona dengan pemandangan cantik dan menarik sekitar itu.

 

 

             Lawatan ke kawasan pertanian agro semestinya tidak akan lengkap tanpa demonstrasi menoreh getah! Para pengunjung amat teruja untuk cuba menoreh getah kerana seperti yang kita tahu, aktiviti penorehan getah merupakan salah satu kegiatan ekonomi masyarakat yang utama sejak zaman nenek moyang kita lagi. Menoreh getah merupakan salah satu satu kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan susu getah daripada batang pokok getah. Selalunya, pokok getah yang berumur 5-7 tahun dengan ukurlilit batang melebihi 30 cm sesuai untuk ditoreh.

           Saya juga meluangkan sedikit masa untuk bersantai sambil melawat tanaman kopi. Ianya merupakan sebuah aktiviti yang luar biasa kerana tidak ramai daripada kami yang mendapat peluang untuk melawat kawasan tanaman kopi dan cuba membuatnya. 

 

 

 

               Kami telah cuba sendiri cara untuk menghasilkan serbuk kopi secara tradisional. Biji kopi akan diasingkan daripada buah kopi yang baru dipetik. Kemudian bij-biji kopi tersebut akan ditumbuk sehingga menjadi serbuk. Serbuk kopi itu kemudiannya diayak bagi memastikan kehalusan serbuk kopi yang telah ditumbuk tadi.

 

 

                      Sebelum berangkat pulang, kami disajikan dengan masakan tengah hari yang istimewa iaitu Nasi Ambeng. Sejujurnya, Nasi Ambeng di Homestay Banghuris merupakan nasi ambeng yang paling sedap pernah saya nikmati. Kepada yang tidak familiar dengan nasi ambeng, Nasi ambeng adalah hidangan Jawa yang terdiri daripada nasi putih kukus, mee goreng, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang, urap, bergedel, dan serunding. Semestinya anda perlu berkunjung ke Homestay Banghuris untuk merasai sendiri keunikan Nasi Ambeng yang teramat enak kampung ini.

Setelah mengambil kira semua yang telah saya beritahu, tinggal di rumah tamu ini merupakan jawapan yang paling meyakinkan saya.Bak kata pepatah,anda tidak akan tahu sekiranya anda tidak merasai.Oleh itu,anda semua patut mengambil peluang ini kerana anda tidakakan tahu betapa menakjubkan percutian anda jika anda tidak menilainya sendiri.Untuk makluman lanjut, sila layari https://www.mycribbooking.com/view/guesthouse/homestay-banghuris-1-17920

Untuk gambaran pengalaman yang lebih jelas, boleh layari http://youtu.be/2G_ta8SMDws

 


Comment