Senarai Homestay Melaka
Melaka adalah satu destinasi antara paling ramai pelancong kerana lokasinya yang menarik terletak di tengah - tengah diantara Singapura dan Kuala Lumpur. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa hanya satu jam setengah dan dari singapura hanya 3 jam menjadikan ianya tempat yang sesuai di jadikan tempat percutian "getaway" dihujung minggu untuk menghilangkan rasa stress setelah seminggu bekerja. Ini menjadi Melaka tempat paling sibuk di hujung minggu. Ini menjadikan tempat - tempat penginapan seperti hotel dan homestay sentiasa penuh di hujung minggu. Jika anda datang bersama keluarga atau rakan - rakan dalam group yang ramai, homestay mungkin adalah pilihan terbaik. Disini ingin kami listkan Senarai homestay Melaka yang anda boleh kunjungi. Untuk pengetahuan, MyCribBooking mempunyai 57 Senarai homestay Melaka untuk dipilih mengikut bajet anda.
- The Hut@ Serkam (Klik sini untuk keterangan lanjut)




- Pastikan anda menempah sebulan sebelum musim cuti. Jika tidak alamatnya tak dapat. Ini menunjukkan permintaan homestay yang begitu tinggi di Melaka. Lebih - lebih lagi homestay yang mempunyai swimming pool
- Harga Homestay pada musim cuti sekolah atau pun hujung minggu akan lebih tinggi daripada biasa. Kadang - kadang mencapai 2 kali ganda. Ini adalah faktor demand dan supply bila mana permintaan homestay yang begitu tinggi pada musim cuti sekolah. Jadi kalau anda nak murah, pergi bercuti bukan pada waktu puncak. Tapi kalau ada anak yang bersekolah tak dapat la.
- Teliti gambar homestay di web. Ketelitian gambar dan kecantikan gambar menunjukkan pengusaha homestay tersebut adalah orang yang teliti. Ini dapat memberi sedikit jaminan bahawa homestay tersebut adalah di dalam keadaan yang baik dan menjamin keselesaan.
- Pepatah orang putih cakap " you pay peanut you get monkey". So kalau harga homestay tu terlalu murah jangan expect homestay tersebut macam hotel. Sebagai contoh kalau homestay tu berharga RM 200/semalam dan mempunyai 3 bilik. Ini bermakna 1 bilik berharga dalam RM 65/semalam, so standard hotel budget yee...so berpada - pada bila menilai.
- Kalau ada review, tengok review tersebut. Kalau tak buat perkara diatas.