Senarai Homestay Di Terengganu

Senarai Homestay Di Terengganu

Bila dengar tentang negeri Terengganu, korang mesti dalam otak fikir penyu, betul tak ? Aha, memang betul pun kat Terengganu ni boleh lihat penyu dari dekat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Rantau Abang. Selain itu, negeri kelahiran skuad bola The Turtles (Bukan Ninja Turtles ye) ini ada beberapa tempat anda boleh lawati seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian dimana anda boleh snorkeling, Air Terjun Sekayu, lepak-lepak di Bukit Puteri, beli belah di Pasar Payang, melawati masjid dan pelbagai lagi. Nak makan pula, of course la tak sah kalau datang Terengganu kalau tak merasa keropok lekor nya. Tambahan lagi pula, di Terengganu juga anda boleh menjumpai homestay milik anak tempatan dimana akan kami listkan beberapa pada hari ini.

1. Homestay Kuala Terengganu

Homestay ini jenis rumah 2 tingkat corner lot, siap berpagar. Dari luar tengok cam biasa je homestay ni tapi kalau masuk dalam semua lengkap macam kat rumah sendiri, sofa, tv, peralatan memasak semua ada. Ada 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Parking pulak ? Bas pun boleh parking sini! Harganya RM 200 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

2. Homestay Chukai Kemaman

Ah, homestay ini antara yang terbaru dalam listing kami, harganya memang berpatutan! RM 130 je semalam. Sesuai sangat untuk yang mencari penginapan mengikut bajet di Terengganu ni. Homestay yang kemas dan lengkap ini adalah rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Dekat dengan Hospital Kemaman, Zoo Kemaman dan Kelip-Kelip kat Sungai Yah-Yah. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

3. Homestay Residensi Wakaf Tapai

Homestay yang ketiga ini pula berada di area Wakaf Tapai, Terengganu. Ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Juga wifi, parking berbumbung dan pelbagai lagi. Dekat dengan ; 8 minit ke IKBN, 15 minit ke Bandar Kuala Berang dan 25 minit ke Bandar Kuala Terengganu / Taman Tamadun Islam / Masjid Kristal / Pasar Payang. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

4. Homestay Tanjung Rhu Tapai

Kalau duduk di homestay je, hari hari dapat tengok permandangan pantai yang mempesonakan, silap-silap leh jumpa penyu kat tepi pantai tu. Homestay berdekatan pantai ini mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Bukan pantai sahaja yang dekat, ia juga dekat dengan Bandar Kuala Terengganu - 35 minit, Pasar Kedai Payang - 35 minit, Jeti ke Pulau Redang dan Pulau Kapas - 10 minit. Harga cuma Rm 150 untuk penginapan satu malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

5. Homestay Kampung Bukit Depu, Terengganu

Berjenis rumah Semi-D 2 tingkat, mempunyai 4 biik tidur dan 3 bilik air. Homestay ini boleh muatkan seramai 12 orang. Parking pula boleh muat sebanyak 3 kereta. Matching sangat untuk family yang ramai atau trip beramai-ramai bersama member-member. 5 minit ke Masjid Terapung, Kuala Ibai, 7 minit ke Pantai Batu Buruk, 25 minit ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Harga berpatutan Rm 250 per satu malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.


Klik di sini untuk melihat senarai Homestay yang lanjut di Terengganu


Comment