Senarai Homestay Di Pulau Pinang

Senarai Homestay Di Pulau Pinang

Pulau Pinang merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia. Pulau Mutiara ini terletak diantara Negeri Kedah di sebelah Utara dan Timur manakala Negeri Perak di sebelah Selatan. Kepada yang bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang terutama sekali kepada warga zon selatan yang penat memandu, sudah pastinya anda mencari tempat untuk beristirehat. Usah risau, kerana pada hari ini kami akan senaraikan beberapa Homestay Di Pulau Pinang untuk anda kunjungi. Diharapkan senarai ini dapat membantu anda memilih homestay berdasarkan kesesuaian dan bajet anda. EA Homestay Penang
EA Homestay Penang
Homestay yang terletak di Bayan Lepas ini merupakan sebuah resort berjenis condominium. Pengunjung akan terpesona dengan senibinanya yang berkonsep moden dengan warna yang tenang. Homestay ini mempunyai 3 bilik, 2 bilik air serta lengkap dengan ruang dapur, televisyen di ruang tamu, penghawa dingin, peti ais dan mesin membasuh. Homestay mesra keluarga yang berharga RM 280 menawarkan fasiliti seperti sauna, gim, swimming pool dan pelbagai lagi disamping drive thru Mcdonalds, Klinik dan 7 Eleven yang beroperasi di dalam bangunan yang sama. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay USM Pulau Pinang
Homestay USM
Homestay ini terletak di Georgetown dimana ia hanya 5 minit sejurus sahaja anda melintas Jambatan Pulau Pinang dan berhampiran dengan Kedai Jeruk Pak Ali dan USM. Jika anda inginkan pemandangan laut, homestay ini adalah pilihan anda. Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air yang boleh menempatkan seramai 6 orang. Dilengkapi dengan penghawa dingin di ruang dan bilik utama, mesin basuh, Astro Njoy, water heater serta swimming pool. Harga per malam hanya RM 280. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Bayan Baru
Homestay Bayan Baru
Homestay Bayan Baru ini boleh memuatkan seramai 8 orang dan lebih di dalam unitnya yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Berdekatan dengan restoran Fisherman's Grill dan hanya 5 minit dari Penang Airport. Homestay yang bersih apatah lagi sesuai untuk percutian keluarga ini menawarkan harga serendah RM 150 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Gelugor Vertiq Designer
Vertiq Designer
Homestay ini terletak di Georgetown dimana ia hanya 16 minit dari Penang Hill dan 42 minit dari Pantai Batu Ferringhi. Jika anda mempunyai bajet yang tinggi serta inginkan kelainan, homestay berkonsepkan hiasan designer pasti sesuai dengan anda. Ia berharga RM 320 per malam. Homestay ini mempunyai 3 bilik, 2 bilik air yang memuatkan seramai 7 orang lengkap dengan pool, wifi dan pelbagai lagi. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Mutiara
Homestay Mutiara
Homestay Mutiara berada di Tanjung Bungah. 3 minit perjalanan ke Mady Char Koey Teow, berdekatan dengan food court dan pasar malam. Homestay yang kelihatan tenang lagi nyaman ini mempunyai 3 bilik dengan penghawa dingin di setiap bilik, 2 bilik air, tv dengan rangkaian astro dan hot tub boleh memuatkan seramai 7 tetamu. Harga berpatutan, hanya RM 280 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Bayu Emas
Homestay Bayu Emas
Homestay Bayu Emas yang berada di Batu Feringghi ini boleh memuatkan seramai 8 orang di dalam unitnya yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Ia terletak di Tanjung Bungah berhampiran laut, 11km dari Georgetown, 19km dari Penang Airport. Disediakan sekali dengan ruang parkir sendiri. Homestay ini berharga serendah RM 250 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
The Light Waterfront Penang Vacation Home
The Light Waterfront Penang Vacation Home
Homestay ini terletak di Georgetown. Lokasi strategik homestay ini bersebelahan laut, para pengunjung pasti merasa seperti berada di Venezia, Italy. Homestay ini hanya 5 minit dari Jambatan Pulau Pinang dan 15 minit dari Penang Airport. Berharga RM 550 per malam , homestay ini menawarkan fasiliti berkualiti tinggi seperti televisyen lcd, penghawa dingin, gim, outdoor dan indoor pool, permainan kanak-kanak dan pelbagai lagi. Homestay ini mempunyai 3 bilik dan 3 bilik air dimana memuatkan seramai 6 orang. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Sungai Dua, Butterworth
Homestay Sungai Dua, Butterworth
Homestay Mutiara terletak di sebelum tol Sungai Dua. Rasakan kehijauan padi yang damai sementara menikmati Mee Udang Sungai Dua dan melawat Taman Burung dan Kota Fort Cornwallis yang berhampiran dengan homestay ini. Homestay ini mempunyai 3 bilik dan 3 bilik air. Sesuai untuk keluarga yang ramai, homestay ini memuatkan seramai 10 orang pada harga hanya RM 200 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Asbah Homestay
Asbah Homestay
Asbah Homestay berada di Bandar Perda, Pulau Pinang. Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air, muat seramai 8 tetamu. Pengunjung yang mencari penginapan harian yang selesa harus meletak homestay ini di dalam wishlist anda. Tempat yang menarik berhampiran ialah Pasembur Padang Kota Lama, Bukit Bendera, Toy Museum, 3D Trick Art Museum dan Queensbay Mall. Disediakan sekali dengan ruang parkir sendiri. Berharga RM 150 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Seri Juru
Homestay Seri Juru
Homestay Seri Juru berdekatan dengan Autocity, Taman Burung dan Restoran Arab Perda. Ia mempunyai 3 bilik dan 4 bilik air yang memuatkan seramai 6 tetamu. Terletak di kawasan perkampungan, pengunjung yang mencari tempat yang senyap dan damai pasti minat akan homestay ini. Berharga RM 160 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

Klik di sini untuk melihat senarai Homestay yang lain di Pulau Pinang

 

Comment