Senarai Homestay Di Perlis

Perlis Indera Kayangan. Walaupun ianya negeri yang paling kecil di Malaysia, tapi negeri ini mempunyai tarikannya sendiri tau! Paling ketara sudah tentulah sawah padinya yang luas. Selain menjadi tempat persinggahan utama untuk pelancong yang mahu ke Pulau Langkawi atau Thailand. Perlis juga merupakan tempat tarikan pelancong seperti di Gua Kelam serta tempat kaki shopping iaitu Padang Besar. Nak tau homestay apa yang berada di Perlis, ayuh lihat homestay di bawah.


1. Sanah Indah Homestay

Nikmati udara yang segar dan nyaman sambil beristirehat. Ada hati ada taman, lanskap sawah padi hanya di belakang laman. Homestay ini yang berumah kayu mempunyai suasana kampung bagi sesiap yang mencari persekitaran sebegini. Mempunyai 2 bilik tidur (2 katil queen) dan 1 bilir air, tv, mesin basuh, dapur, water heater, bantal tambahan percuma dan banyak lagi. Rumah kayu bertempat di Kangar ini hanya RM 150 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

2. Homestay Kangar Bungalow Perlis

Homestay berjenis bungalow ini menawarkan hanya RM 200 per malam. Anda akan sukakan homestay ini kerana lokasinya, suasananya, ruang luarannya, komunitinya dan pemandangannya. Kediaman ini sesuai untuk pengunjung perniagaan, keluarga dan kumpulan besar. Mempunyai 3 bilik tidur dimana semua biliknya beraircond serta berkatil queen dan 2 bilik air. Juga mempunyai kelengkapan seperti di rumah sendiri. Homestay ini berdekatan dengan Gua Kelam – 32km, Padang Besar - 36km, Thailand - 37km, Taman ular - 15km, MRSM - 19km dan UiTM -13km. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

3. Wadihana Homestay

Jom berjalan-jalan di Perlis. Homestay ini berada di Taman Temak Jaya, Kangar. Mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Kemudahan yg disediakan termasuk katil queen di 2 bilik tidur, aircond, sejadah, tuala, tv, peti sejuk, mesin basuh, dapur dan pelbagai lagi. Berhampiran dengan Bandar Kangar – 4.9km (10min), Stadium Utama Kangar – 4.5km (10min), Jeti Kuala Perlis – 10.6km (12min), Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis – 6.7km (10min). Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

4. Homestay Arau Perlis

Homestay ini terletak di kawasan Arau, Perlis. Harga berpatutan hanya RM 160 per malam. Rumah berjenis teres satu tingkat ini mempunyai 3 bilik air dan 2 bilik air, dapur serta ruang tamu. Juga dilengkapi dengan peti sejuk, wifi, extra bantal, tv dan lain-lain lagi. Sesuai untuk pelancong tempatan mahupun luar negara yang ingin tempat berdekatan dengan Langkawi dan Thailand. Hanya 1 km ke UITM Perlis, 7 Km ke Politeknik Perlis. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

5. Homestay Kampung Ujong Bukit

Persekitaran homestay ni memang tenang, boleh tengok padi kehijauan bila musimnya.Homestay ini terletak di Kampung Ujong Bukit, Perlis. Harganya memang murah, hanya RM 95 per malam. Mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air. Berhampiran dengan Hutan Lipur Bukit Air, Museum Kota Kayang, Kuala Perlis, Padang Besar, Gua Kelam dan Taman Herba. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.


Klik di sini untuk melihat senarai Homestay yang lanjut di Perlis


Comment