Senarai Homestay di Perak

Perak Darul Ridzuan! Negeri yang sangat terkenal dengan hasil bijih timah di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah jika anda berkunjung ke negeri ini, terdapat muzium khas berkaitan dengan sejarah perlombongan bijih timah iaitu Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta yang terletak di Kampar. Negeri Perak bukan saja kaya dengan tempat bersejarah, bahkan penuh dengan tempat peranginan yang menarik seperti Pulau Pangkor, Ulu Chepor, Felda Residence Hot Springs dan banyak lagi! Soal penginapan pula anda tak perlu risau, kami kongsikan beberapa homestay untuk percutian anda. Nah, Menarik kan? 1. Teratak Inap Kampung Homestay Perakteratak03_result

Homestay yang berkonsepkan tradisional ini terletak di Tambun. Rekaan seni bina bercirikan rumah lama ini memang sangat unik dan menjadi idaman para pegunjung yang melalui kawasan ini. Mempunyai 3 bilik berhawa dingin beserta kelengkapan utama yang lain, pasti melengkapkan lagi percutian anda jika menginap di sini. Sebarang tempahan dan pertanyaan, klik jer button kat bawah.

Book-Now-Button-PNG-Photos
2. Homestay Ipoh living hall

Homestay Ipoh ini pula terletak di Meruraya, Ipoh. Homestay ini agak luas dan sangat sesuai untuk penginapan berkeluarga yang ramai. Mempunyai 4 bilik keseluruhannya beserta penghawa dingin di setiap bilik. Ruang tamu juga luas dan selesa dihiasi dengan sofa, amat sessuai untuk keluarga anda bersantai sambil menonton televisyen. Terdapat juga ruang dapur yang kemas dan bersih. Tak percaya? Ingin lihat lebih jelas? Tekan button di bawah yer.

Book-Now-Button-PNG-Photos
3. Kurau Inn Homestay Perak Kurau Inn Homestay Perak

Homestay ni pula memang sempoi habis. Terletak di Kuala Kurau iaitu lokasi yang bebas dari kesibukan kota, memang sangat sesuai untuk mereka yang sukakan keindahan alam. Bagi kaki pancing, Ban Pecah pasti sudah tidak asing lagi. Tempat itu terletak hanya kira-kira 3 – 4 kilometer sahaja dari Kurau Inn Homestay. Homestay ini terdiri daripada 6 unit rumah yang lengkap dengan segala kemudahan sebagai sebuah rumah. Ingin rasai sendiri keindahannya? Maklumat lanjut ada pada button di bawah.

Book-Now-Button-PNG-Photos
4. Casa Homestay Lumut Perak casa-homestay-lumut8

Casa Homestay ini kedudukannya agak strategik. Berdekatan dengan pusat tarikan pelancongan seperti Teluk Batik, Jeti Lumut, JUSCO, TESCO, dan Bandar Manjung. Yang paling bestnya, homestay ni terdapat kolam mandi bersaiz 12 x 6 kaki. Bukan saja anak-anak boleh mandi, mak ayah pun boleh turut serta! Sebarang maklumat lanjut, boleh klik button dekat bawah.

Book-Now-Button-PNG-Photos
5. Homestay Ipoh Lost World homestay Ipoh4

Seterusnya, Homestay Ipoh Lost World yang terletak berdekatan dengan taman Tema Ipoh Lost World of Tambun. Homestay ni memiliki 3 buah bilik beserta katil dan 2 bilik air beserta beberapa kelengkapan yang lain. Lokasinya memang sangat strategik! Kalau anda tidak buat tempahan awal, jawabnya memang melepaslah. Jadi, rancanglah percutian anda dengan bijak. Buat tempahan sekarang. Settle!

Book-Now-Button-PNG-Photos

Klik di sini untuk melihat senarai semua Homestay di Perak


Comment