Senarai Homestay di Negeri Sembilan

Senarai Homestay Di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan Darul Khusus terletak bersebelahan dengan Melaka, Selangor dan Pahang. Nama Negeri Sembilan berasal daripada sembilan kampung atau nagari di dalam bahasa Minangkabau. Kebanyakkan pengunjung yang mai ke Negeri Sembilan ni kebiasaannya datang sebab nak ke Port Dickson atau Teluk Kemang untuk nak bersantai di tepi pantai atau jalan-jalan cari makan di hujung minggu. Negeri Sembilan kebiasaannya terkenal dengan tempat mandi manda di pantai, area makanan, dan tempat bersejarah seperti muzium. Para pengunjung juga dapat menginap di homestay yang berharga berpatutan. Bak kata orang Negeri "Meh kito poie bercuti kek Nogori" Homestay Port Dickson Teluk Kemang

Bayview Villa

Mencari-cari homestay di Teluk Kemang, inilah homestay untuk anda. Bayview Villa berada di Teluk Kemang, berhampiran dengan Port Dickson. Jika anda ingin melihat tempat yang menarik di sekitar homestay ini - ia hanya 15 min ke Cape Rachado, 8 min ke Pantai Cahaya Purnama untuk bersantai di tepi pantai, 9 min pula untuk ke Pantai Teluk Kemang, 17 min ke Muzium Tentera dan 7 min ke Ostrich Farm. Homestay berjenis teres 2 tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Sesuai untuk percutian keluarga. Maksimum 15 orang boleh dimuatkan untuk menginap di sini. Kejiranan yang aman dan tenteram serta bersih dan selesa. Juga dilengkapi tempat parkir, televisyen dan aircond. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

Homestay Titi Jelebu Kak Yam
Bayview Villa

Homestay Kak Yam berada di Titi Jelebu. Ha, pasti ramai yang tidak pernah dengar tentang kawasan ini, so jika anda memilih destinasi ini untuk menginap, sentiasa tidak terlambat untuk menempah homestay ini. So, tempat yang menarik yang anda boleh rasai berdekatan dengan area ini termasuklah bermandi manda di Empangan Ulu Jelebu, merasai menaiki ostrich di Ostrich Farm, juga bermandi manda di Jeram Toi yang berada hanya 20 min dan hiking di Gunung Telapak Burok dimana mengambil masa lebih kurang 1 jam ke sana. Homestay berjenis rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Homestay ini berdekatan dengan Jeram Toi, Jeram Gading, Pekan Kuala Klawang, Kolej Komuniti Jelebu, MRSM Kuala Klawang, UPNM Jelebu, Penjara Jelebu, UM Jelebu, Kolej Vokasional Kuala Klawang, Kem Kongkoi dan Seremban. Setiap bilik tidur delengkapi dengan katil queen dan sejadah. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

Homestay Senawang Seremban
Bayview Villa

Tidak susah untuk mencari homestay ini, homestay ini berada berhadapan Senawang Specialist Hospital, 5 minit dari susur keluar Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya LEKAS, 6 km ke Stesen Komuter Senawang dan 10 km ke bandar Seremban. Homestay ini menawarkan penginapan harian yang bersih dan selesa apabila anda berkunjung ke Negeri Sembilan untuk sebarang majlis ataupun untuk persinggahan. Juga akses yang mudah dan cepat untuk ke Kuala Pilah, Jelebu, Seremban. Homestay berjenis rumah teres ini mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Dilengkapi dengan oven, dapur, mesin basuh serta pengawal keselamatan, jadi tidak perlu risau tentang keselamatan semasa menginap di sini. Kemudahan yang disediakan - kelengkapan solat, tuala mandi, seterika dan pelbagai lagi. Harga per malam hanya RM 250. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

Teratak Zulita
Bayview Villa

Teratak Zulita berada di Batu 4 Port Dickson. Amboi, menarik sungguh nama homestay ini, pasti ruang dalam homestay ni menarik juga. Harga berpatutan RM 150 per malam. Hanya mengambil masa selama 10 minit ke bandar Port Dickson, Muzium Tentera dan Teluk Kemang. Homestay mesra keluarga ini dilengkapi dengan televisyen, aircond di master bedroom dan dibenarkan memasak. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

Homestay Primaland Port Dickson
Bayview Villa

Homestay Primaland Port Dickson adalah tempat terbaik untuk bercuti bersama keluarga di Port Dickson. Homestay ini berada di dalam taman tema air terbesar di Port Dickson, iaitu pantai buatan terbesar di Malaysia - Primaland Port Dickson Resort & Convention Centre (PRCC). Ah, apa lagi boleh bawak anak anak mandi mandi di taman tema. Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air boleh memuatkan seramai 5 orang guest. Harga yang ditawarkan hanya RM 250 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

Diharap list ini dapat membantu anda mencari homestay di Negeri Sembilan. ;)

Klik di sini untuk melihat senarai Homestay yang lanjut di Negeri Sembilan


Comment