Senarai Homestay di Langkawi

Senarai Homestay Di Langkawi

Langkawi sering menjadi destinasi pilihan bagi percutian family tahunan atau honeymoon bagi pasangan yang berkahwin. Perjalanan ke Langkawi mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit dari Kuala Lumpur dan hanya 45 minit jika menaiki kapal terbang.Selain aktiviti menarik dan juadah menyelerakan, kawasan bebas cukai ini memang dijadikan pilihan seisi keluarga kalau nak memborong barang seperti coklat atau peralatan rumah, dah jadi kebiasaan pengunjung bawak beg besar-besar nak muatkan barang yang dibeli! Jika Langkawi ialah destinasi cuti tahunan anda, bak kata orang kena booking awal-awal tips nya. Kami ada beberapa homestay di Langkawi untuk menjadi pilihan anda. Villa Del Porto
Villa Del Porto
Jika anda mencari tempat penginapan yang mempunyai view yang cantik, Homestay ini mempunyai apa yang anda inginkan. Homestay mengadap laut ini mempunyai permandangan laut yang mempesonakan. Villa Del Porto mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air dimana boleh memuatkan seramai 10 orang menjadikan homestay ini sesuai untuk bilangan ahli keluarga yang ramai. Suasana homestay ini juga tenang dan aman. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Kuah Langkawi
Homestay Kuah Langkawi
Homestay ini sangatlah sesuai kepada yang datang untuk rombongan mahupun perseorangan. Untuk kemudahan anda, tempahan dan penghantaran makananan juga pihak homestay ini sediakan! Dilengkapi dengan 3 bilik tidur (2 katil queen, 2 katil single), 2 bilik air, wifi dan sebagainya. Lokasi homestay ini yang hanya 9 minit ke Perniagaan Haji Ismail, 10 minit ke Pulau Payar Marine Park dan 15 minit ke Langkawi Fish Farm. Harga cuma RM 270 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Murah @ Padang Matsirat
Homestay Murah @ Padang Matsirat
Jangan terkejut jika kami katakan ada homestay RM 70 je per malam, memang kena kalau travelling solo atau bersama teman. Homestay berjenis suite 1 bilik tidur 1 bilik air ini mempunyai penghawa dingin, televisyen dan pemanas air. Berdekatan dengan Airport Langkawi (3 min), Makam Mahsuri (13 min) dan Air Hangat Village (20 min). Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Niyaz Inn
Niyaz Inn
Niyaz Inn terletak di kawasan Kampung Bubor, Langkawi. Berhampiran dengan Island Hopping Langkawi with Ana (8 minit), Underwater World Langkawi (10 minit) dan Langkawi Cable Car (28 minit). Homestay yang berjenis rumah ini boleh memuatkan seramai 4 orang tetamu dan dilengkapi dengan penghawa dingin, parking percuma, water heater dan televisyen. Harga per malam hanya RM 100. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Langkawi Roomstay
Langkawi Homestay
Homestay ini bertempat di Kampung Perana, Langkawi. Homestay berjenis private room ini boleh memuatkan seramai 4 orang tetamu. Dilengkapi dengan 1 katil queen dan 1 katil single, penghawa dingin dan televisyen. Juga disediakan telekung dan sejadah. Jika anda mencari tempat menarik berhampiran homestay ini, ia hanya 10 minit ke Langkawi Airport, 10 minit ke Makam Mahsuri, 12 minit ke Kampung Beras Terbakar, 5 minit ke ATV Sukan Lasak dan hanya 12 minit ke Mardi Agrofarm. Harga per malam hanya RM 80. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
 

Klik di sini untuk melihat senarai Homestay yang lanjut di Langkawi

Ah! Setelah sudah memilih homestay di Langkawi, kat sini kami nak kongsikan beberapa tips kalau nak bercuti di Langkawi. 1. Kalau boleh, elakkan musim hujan sebab kalau datang time musim hujan, banyak aktiviti tergendala. Contoh macam, Island boleh tak boleh sebab ombak kuat dan Cable Car tak dapat naik sebab angin dan hujan. 2. Yang datang menaiki kapal terbang, kereta sewa boleh tempah online atau tempah di kaunter-kaunter kereta sewa di airport. Untuk sesiapa nak bercuti dengan lebih style, motor seperti skuter juga ada untuk disewa! 3. Shopping di Langkawi memang murah sebab kawasan bebas cukai, so dinasihatkan beli beg besar spare untuk nak load barang-barang yang baru beli tu. Kedai yang famous seperti Haji Ismail Group yang berada di Bandar Kuah. 4. Kalau nak booking homestay tu, booking awal-awal takut habis diterjah orang! So, start booking 1 atau 2 bulan awal. Kami mempunyai beberapa homestay di Langkawi seperti yang dilistkan di atas. 5. Lokasi homestay yang dipilih, berdekatan Pantai Cenang, Pekan Kuah, Padang Maksirat, dan Pantai Tengah. Dekat dengan tempat tarikan pelancong dan banyak tempat makan. Diharap tips ni dapat membantu percutian anda di Langkawi. ;)

Comment