Senarai Homestay Di Kota Bharu Kelantan

Senarai Homestay Di Kota Bharu, Kelantan

Kota Bharu, Kelantan amat sinonim dengan budaya dan juadah makanan yang bak kata ore Kelate “sedaq sedaq” makanannya. Ibu negeri Kelantan ini mempunyai tarikan pelancong yang menjurus kepada pasar, tempat bersejarah dan pusat membeli belah di kawasan bebas cukai. Sudah semestinya, Kota Bharu menempatkan masjid-masjid dan tempat warisan Islam yang sudah pasti anda ingin lawati untuk menunaikan solat serta melihat senibina masjidnya yang unik serta mempesona. Apatah lagi, setelah puas membeli-belah dan kenyang perut dengan makanan yang lazat di Kota Bharu, seharusnya anda mencari homestay untuk berehat bersama seisi keluarga. Berikut merupakan beberapa homestay yang terdapat di Kota Bharu, Kelantan. Homestay Apartment Kota Bharu
Homestay Apartment Kota Bharu
Bukan hanya pada ayat, tetapi kolam renang yang disediakan oleh oleh ini amat menarik dan luas, pasti kanak-kanak anda suka bermandi disini. Homestay mesra keluarga ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Para pengunjung pasti suka akan kebersihan dan kekemasan homestay ini. Ia terletak berhampiran Wakaf Che Yeh dan hanya 19 minit ke Pasar Siti Khadijah. Juga terdapat wifi, ruang dapur, gim, penghawa dingin dan pelbagai lagi. Harga berpatutan hanya dari RM 229 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Bajet Kota Bharu
Homestay Bajet Kota Bharu
Jika anda mencari tempat penginapan dengan bajet yang rendah, anda tidak akan rugi dengan bertandang ke homestay ini yang berjenis rumah. Lokasi homestay ini yang hanya 8KM ke Pusat Bandar Kota Bharu, Pantai Cahaya Bulan (7KM), Restoran Nasi Ulam Cikgu Kelantan (1KM), Pasar Siti Khadijah (8KM) dan Masjid Jamek As-Salam (2KM). Homestay ini mempunyai 2 bilik tidur, 2 ruang rehat, 1 bilik air, ruang dapur dan ruang solat. Harga ditawarkan RM 100 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Binjai Semi-D
Homestay Binjai Semi-D
Anda mencari rumah yang boleh memuatkan ramai orang ? Homestay ini pasti menjadi pilihan anda kerana dengan harga RM 150 per malam, homestay ini boleh memuatkan 14 orang. Homestay ini mempunyai 3 bilik, 2 bilik air, 2 ruang tamu dan 4 ruang parking. Lokasi homestay ini yang hanya 15 min ke Wakaf Che Yeh, 10 min ke USM Kubang Kerian dan 10 min ke Pantai Irama. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
Homestay Sya
Homestay Sya
Homestay Sya berada di Taman Merbau Utama, Kok Lanas. Terletak di hadapan taman permainan untuk memenuhi keperluan penginapan seisi keluarga untuk bercuti, menghadiri majlis, perkahwinan, konvokesyen, pendaftaran kolej dan sebagainya. Ia terletak berhampiran Air terjun Jeram Pasu ( 30 minit), Air terjun Jeram Linang (30 minit) dan Kawasan Perkelahan Bukit Bakar (20 minit). Kemudahan yang disediakan ialah 3 bilik tidur, 2 bilik air ruang tamu yang luas dan sebagainya. Harga per malam hanya RM 160. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
KBSB Inn
Homestay Sya
Homestay berjenis private room ini sesuai bagi pengunjung solo yang mencari tempat penginapan dengan bajet yang rendah. Mempunyai 1 katil single, di dalam bilik dilengkapi bilik air dengan water heater, penghawa dingin dan wifi. Jika anda mencari tempat makan, homestay ini berdekatan dengan Restoran Juara Ikan Bakar, Moksu Nab Nasi Air dan Suriani Nasi Kukus. Harga per malam hanya RM 50. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.
 

Klik di sini untuk melihat senarai Homestay yang lain di Kota Bharu, Kelantan


Comment