Senarai Homestay di Johor Bahru

Senarai Homestay Di Johor Bahru

Johor Bahru, terletak nun di selatan tanah air. Apa homestay yang terdapat di area di hujung selatan ini ? Lepas driving dari Kuala Lumpur yang mengambil masa lebih kurang 4 jam, sudah pasti anda penat. Apa kata rehat di homestay dulu. Selain mempunyai tempat tarikan pelancong, Johor Bahru juga menempatkan homestay-homestay yang hebat-hebat konsepnya serta agak berpatutan harganya.

1. Larkin Indah Homestay

Berkonsepkan rumah english, dihiasi dengan perabot dan warna putih tenang pasti membuat hati anda tenang di sini. Boleh memuatkan seramai 8 orang dan mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air. Homestay yang berada di Johor Bahru ini hanya RM 250 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

2. Homestay Berdekatan UTM

Bukan sekadar untuk melawat ahli keluarga atau menghadiri majlis konvokesyen di UTM sahaja, malah anda juga boleh ke Hello Kitty, Legoland, Puteri Habour, Kota Iskandar dan pelbagai lagi. Tempat nak landing sekeluarga lepas melawat tempat-tempat tersebut, sudah tentulah homestay ini. Merupakan rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Harga yang reasonable, RM 250 per malam. Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila klik pada butang di bawah.

3. Little Luqman Homestay

"Terbaik untuk business traveller! Boleh on email & surf the net dgn laju". Tu dia, quote dari review pada homestay ni. Berkonsepkan elegan, rasa cam studio pergambaran pun ada! Rumah teres 2 tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air dan merupakan kawasan perumahan berpagar dan terkawal. Berhampiran lebih kurang 20 minit ke Legoland, Hello Kitty World, Little Big Club, Nusajaya, Puteri Harbour, Danga Bay, Bazar Karat, Kilang Bateri, Plaza Angsana, JPO. 260 hinggit je guys! Boleh tempah bila-bila masa je, cuma perlu klik link kat bawah ni je.

4. Guest House Johor - Master Bedroom

Bilik mengalahkan hotel lima bintang wa cakap lu. Unit ini adalah yang terbesar dan paling selesa daripada 6 unit yang ditawarkan oleh Guest House Johor. Berkonsepkan studio, ada mural di dinding. Juga mempunyai balkoni untuk santai-santai, mesin kopi, peti ais, aircond, queen bed, water heater dan yang paling penting.. free wifi dan free breakfast! Semua itu untuk RM90 sahaja! Percaya tak ? RM90 sahaja! Memang berbaloi. Check the link down below yo!

5. Homestay Johor Bahru

Homestay ini mengalu-alukan kedatangan anda semua. Rasa macam rumah sendiri, mempunyai 3 bilik tidur dan 3 bilik air. Ruang yang luas dan selesa boleh memuatkan sehingga 14 orang tetamu dan juga boleh parking kereta di hadapan rumah. Berhampiran 15 km ke Legoland, JPO dan Danga Bay. RM 220 sahaja semalam.


Klik di sini untuk melihat senarai Homestay yang lanjut di Johor Bahru


Comment