Salam Ramadhan dari MyCribBooking

mandi

Di sini kami ingin kongsi manfaat-manfaat berpuasa yang anda boleh perolehi dimana mempengaruhi serta membaiki kesihatan jasmani tubuh badan anda ;
  • Walaupun tidak nampak atau perasan, sebenarnya dengan berpuasa, dapat memberikan kesempatan bagi alat pencernaan serta tubuh untuk berehat. Ha, bukan minda je kena rehat, alat pencernaan pun kena rehat gak.
  • Penting darah putih ni, sepanjang bulan puasa darah putih akan bertambah dan menolong tingkatkan daya tahan tubuh. Pendek kata, puasa menyihatkan anda
  • Mematangkan sel-sel tubuh. Ketika kita berpuasa, organ tubuh kita berada pada posisi tenang, dengan itu memberi kesempatan untuk memperbarui sel-sel tersebut.
  • Jangan ingat haus tu satu perkara yang buruk, pengurangan pengambilan air pada bulan puasa dapat membantu proses "pengeringan" dimana mengurangkan angin serta bengkak di perut, lutut dan kaki.
  • Yang paling penting sekali, dah tentu dapat menolong mengurangkan berat badan serta bagi individu yang merokok, juga boleh membantu mengurangkan pengambilan per hari.
Kesimpulannya, berpuasa membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan anda.

Comment