Perbezaan Guest House, Kampungstay dan Homestay

Perbezaan Guest House, Kampungstay dan Homestay

Selain hotel, di Malaysia terdapat 3 jenis rumah penginapan yang boleh diinapi oleh para pelancong iaitu Guest House, Kampungstay dan Homestay. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa perbezaan diantara Guest House, Kampungstay dan Homestay? Nampak macam sama ke kan ? Tetapi di sebalik itu, terdapat perbezaan yang menjadikan setiap jenis rumah penginapan tersebut unik.

Kampungstay dan homestay merupakan program dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang diberi nama Program Pengalaman Homestay Malaysia. Program ini bertujuan untuk pelancong di dalam dan di luar negara untuk merasai pengalaman Truly Malaysia. Setiap Homestay dan Kampungstay hendaklah berdaftar dengan kementerian bagi mendapatkan status sah homestay atau kampungstay. Program Pengalaman Homestay Malaysia ini bukan sekadar menyediakan penginapan malah memperkenalkan budaya, aktiviti-aktiviti serta makanan tempatan yang unik pada sesebuah kawasan dimana homestay atau kampungstay itu terletak.


guesthouse

Homestay


1. GUEST HOUSE

Guest house kebanyakkannya berfungsi sebagai rumah penginapan atau tempat berkumpul bagi mengadakan aktiviti secara beramai-ramai seperti majlis kahwin atau perhimpunan keluarga. Di guest house, para pelancong tidak menginap bersama-sama host atau tuan rumah. Konsep penginapan adalah sama seperti bilik hotel dimana rumah tersebut digunakan sebagai rumah beristirehat dan persinggahan sementara. Selain itu, guest house menyediakan kelengkapan rumah seperti aircond, cadar, swimming pool dan sebagainya. Harga pula ? Ada yang memang murah betul hingga sekitar RM500.


kampungstay

Kampungstay


2. KAMPUNGSTAY

Satu bentuk pengalaman di mana para pelancong disediakan dengan kemudahan penginapan tetapi tidak tinggal bersama host rumah. Penginap boleh merasai pengalaman masakan pengusaha Kampungstay, melihat serta merasai budaya orang tempatan di kawasan sekitar. Contoh aktiviti yang boleh dirasai seperti menanam padi di Kedah, memancing, menari tarian kebudayaan puak di Sabah Sarawak serta membuat kuih tradisional di kawasan Kampungstay tersebut. Kampungstay kebiasaannya terletak di kawasan kampung dan kebanyakkannya merupakan rumah karu berciri tradisional mengikut Negeri atau kawasan Kampungstay tersebut.


homestay

Homestay


3. HOMESTAY

Merupakan pengalaman di mana pelancong tinggal di rumah yang disediakan oleh pengusaha homestay dimana pelancong tersebut boleh merasai pengalaman melihat budaya tempatan di sekitar kawasan tersebut. Pelancong akan tinggal bersama host dan berpeluang merapatkan silaturahim bersama host. Homestay juga dihias kelihatan seperti di rumah sendiri mengikut cita rasa atau trend pengusaha tersebut, anda boleh melihat pelbagai konsep seperti konsep rumah English atau konsep Minimalist. Homestay juga boleh didapati di kawasan bandar. Juga sesetengah homestay mempunyai kemudahan seperti swimming pool, ruang parkir dan lain-lain.


Pendek kata, ketiga-tiga jenis rumah penginapan mempunyai kelebihan masing-masing, tetapi berkongsi matlamat yang sama iaitu bersama memajukan sektor pelancongan desa.


MyCribBooking menyediakan servis untuk Car Rental, Places of Attraction, Tour Package dan Fun Experience.


Klik di sini untuk melihat homestay terkini di dalam list kami

Klik di sini untuk melihat salah satu aktiviti terkini di dalam list kami


Comment