Peluang business Halal di China berminat ?

Saya berasa berbesar hati dan bangga apabila rakan sekolah saya memberanikan diri untuk meneroka business market halal di negara China. Saya teringat 6 bulan lepas apabila dia menutup perniagaannya di Malaysia dan mendiamkan diri selama 6 bulan. Saya berasa terkejut dan hairan. Saya dikejut dengan berita perasmian Anjung Malaysia di Yiwu, China. Rupa -rupanya beliau sibuk dalam menubuhkan hub halal atau halal distribution center di sana. Tahniah ! Anjung Malaysia itu di rasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya. Tujuan penubuhan Anjung Malaysia adalah untuk memasarkan produk halal ke negara China. Saya diberitahu pasaran China yang sangat luas. Dalam satu perbualan kami, kawan saya ingat order 1000 - 2000 unit untuk satu item sehari dah banyak, rupa - rupanya di China semua order main 100,000 unit sehari untuk satu items. Terkejut saya mendengar. Tapi kalau di ikut geografi negeri China yang luas dan penduduk yang ramai memang logik. Sesiapa disini ada menghasilkan produk halal boleh menghubungi rakan - rakan saya di bawah.

12694966_10208558145337246_8403545700749738443_o

Ingat Homestay, Ingat Mycribbooking.com

#mycribbooking

#ingathomestayingatmycribbooking


Comment