Nak Cari Homestay? Gunalah Apps MyCribBooking

Cari Homestay dengan Apps MyCribBooking

Adakah anda seorang pemilik homestay? Atau seorang pelanggan yang mahu mencari penginapan untuk didiami?

Jom kita lihat apakah kelebihan yang ada pada MyCribBooking dan bagaimana apps ini boleh membantu anda.

cari homestay

Apa itu MyCribBooking?

MyCribBooking merupakan satu aplikasi mudah alih atau online platform yang menghubungkan di antara pemilik homestay dan pencari homestay. Apa yang menariknya ialah, MyCribBooking dibangunkan sendiri oleh anak tempatan yang bernama Akmal Nizam bersama temannya Azmir Bakar dan team syarikatnya MyC Tech Sdn Bhd. MyCribBooking ini turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah program Smart Komuniti yang banyak membantu untuk mengembangkan lagi industri pelancongan di bandar dan luar bandar terutamanya.

 

Sebagai Pemilik Homestay, apa yang anda mahukan ialah:

1. Sentiasa ada yang booking untuk kediaman anda.

2. Pelanggan puas hati dengan homestay anda.

3. Pelanggan tidak cancel last minute.

4. Sedikit latar belakang pelanggan bagi tujuan keselamatan, jika berlaku sebarang kerosakan.

 

Manakala sebagai Pencari Homestay pula, mereka mahukan:

1. Membuat pilihan homestay yang terbaik

2. Memastikan homestay yang diiklankan adalah betul, bukan oleh scammer.

3. Mudah, cepat dan selamat untuk booking secara online.  

5 Sebab Pemilik Homestay perlu gunakan aplikasi MyCribbooking:

1. Free

Tiada sebarang caj atau yuran yang dikenakan kepada ‘Host’ untuk mendaftar di MyCribBooking. Pemilik homestay juga boleh ‘listing’ kan sebanyak mungkin kediaman yang dimiliki.    

2. Lebih Mudah

‘Host’ atau pemilik homestay, boleh monitor booking, yg di ‘listing’ kan hanya melalui telefon sahaja.

3. Sekuriti

‘Host’ dapat mengetahui dan mengenali dengan lebih dekat penyewa dan memeriksa latar belakang penyewa bagi tujuan keselamatan sekiranya sesuatu terjadi pada homestay miliknya.

4. Pembayaran Auto

Sistem pembayaran melalui online, yang lebih selamat dan cepat memastikan penyewa tidak membuat pembatalan dengan sesuka hati. Apabila ianya berlaku, sudah pasti merugikan pemilik.

5. Kerjasama MCMC

Aplikasi MycribBooking adalah hasil kerjasama antara Suruhanjaya & Komunikasi Malaysia (MCMC) dan merupakan produk keluaran tempatan.  

5 Sebab kenapa Pencari Homestay perlu guna MyCribBooking:

1. Banyak Pilihan

Lebih 600 pilihan Homestay yang didaftarkan di MyCribbooking di seluruh Malaysia.

2. Cepat

Anda boleh membuat tempahan dengan lebih cepat dan mudah dengan sistem booking yang disediakan.

3. Selamat

Sistem pembayaran terus melalui online tanpa deposit ke akaun peribadi, adalah lebih selamat.

4. Pakej Tambahan

Bukan sekadar penginapan sahaja, terdapat juga pakej lain yang anda boleh search seperti Sewa Kereta, Aktiviti Menarik, Pakej Pelancong dan Tempat-tempat menarik. Juga info-info percutian!

5. Ganjaran ‘Coins’

Setiap booking yang dibuat dan anda kongsikan, akan mendapat ‘coins’ atau mata yang boleh ditebus dengan diskaun yang menarik.

 

Muat Turun :

Aplikasi untuk pengguna Android

Aplikasi untuk pengguna iOS

 

Pendaftaran Homestay :

Terus ke Laman Web MyCribBooking @ WhatsApp talian HOTLINE :  012-817 8223

Facebook

 


Comment