Pada 28 September 2017  MyCribBooking bersama dengan beberapa wakil dari MCMC mengadakan lawatan ke berapa homestay menarik di Kemaman Terengganu. Salah satu homestay menarik yang terpilh adalah MZR Homestay yang terletak berdekatan dengan Pantai Geliga.

Berikut merupakan alamat untuk MZR Homestay:

 Pantai Geliga Besar Lot. 16222, 24000 Chukai, Terengganu.

MZR homestay ini mempunyai 5 buah rumah dalam satu rumah.Sangat sesuai untuk keluar besar, family gathering, team building dan majlis reunion.

MZR Homestay mempunyai 5 buah rumah di bawah satu rumah. Konsep rumah ini sangat menarik. Turut disediakan juga  tempat untuk BBQ dan juga memasak di bahagian belakang rumah

Gambar dapur BBQ di belakang rumah 
 

Menurut En Mazlan Mohd, pemilik Homestay MRZ bagi yang meminati aktiviti memancing sangatlah sesuai untuk menginap di Homestay MZR ini adalah kerana di Pantai Geliga disediakan bot nelayan bagi mereka yang ingin memancing di laut dalam. 

Dengan menepati tujuan tetamu iaitu untuk mencari pelbagai makanan laut, sata, keropok lekor atau macam macam lagi makanan laut yang tetamu inginkan di sepanjang jalan ke Homestay MZR terdapat pelbagai gerai jualan yang pastinya meriah. 

Untuk memudahkan lagi tetamu untuk mencari Homestay MZR ini telah mendaftar di bawah mycribbooking. hanya klik di link ini utk tempahan atau maklumat lanjut untuk cara booking hubungi kami di 0128178223

Nak kenali dengan pemilik Homestay MZR dengan lebih rapat jom kita lihat video temubual ini. 


Comment