MyCribBooking Menjadi Rakan Strategik Kementerian Pelancongan Untuk Program NBOS: Visit My Kampung

11/2/2018 - MyCribBooking sekali lagi terus melangkah ke hadapan bagi memartabatkan industri homestay dengan menjadi rakan strategik Kementerian Pelancongan Malaysia di bawah Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu antara program besar anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

NBOS: Visit My Kampung

Manakala Program 'Visit My Kampung' adalah merupakan satu program yang juga di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia yang bertujuan untuk mempromosikan industri pelancongan dengan menggalakkan pelawat untuk tinggal di kawasan luar bandar dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti masyarakat di kawasan luar bandar.

Bagi meningkatkan industri pelancongan domestik dan antarabangsa ini, homestay di luar bandar dinaik taraf untuk menawarkan penginapan yang lebih berkualiti tinggi dan bersih kepada para pelancong.

NBOS: Visit My Kampung 2018

Menjadi Rakan Strategik bersama Kementerian Pelancongan Malaysia merupakan satu penghormatan yang amat besar buat MyCribBooking, dan diharap dengan penglibatan ini akan meningkatkan lagi penglibatan pengusaha-pengusaha homestay di luar bandar sekaligus merancakkan lagi industri homestay dan guesthouse di Malaysia.


Comment