MyCribBooking Dijemput ke MEGA PEJUANG HARTANAH 2017 oleh Tuan Ahyat Ishak

18 November 2017 - MyCribBooking telah di jemput untuk berkongsi kepada hampir 1000 pejuang hartanah di Mega Pejuang Hartanah 2017 bersama Tuan Ahyat Ishak baru-baru ini. Hadir sebagai advisors di program yang penuh gilang-gemilang ini, En Akmal Nizam iaitu pemilik kepada MyCribBooking.com telah memberikan perkongsian tentang potential homestay kepada pelabur untuk positive cash flow.

                         Perkongsian oleh En Akmal

Mega Pejuang Hartanah Newbies 2017 yang berlangsung pada 18 November lepas, telah diadakan di Ideal Convention Centre Shah Alam (IDCC) bermula jam 8pagi sehingga 6petang. 

 

Dalam program ini, para peserta didedahkan dengan TEKNIK-TEKNIK, TAKTIK-TAKTIK & RAHSIA-RAHSIA kewangan hartanah yang terbaru. MPH 2017 merupakan satu-satunya modul yang paling most wanted, paling proven, dan paling updated untuk membantu newbies hartanah. Mega Pejuang Hartanah (MPH) turut memperjuangkan pemilikan hartanah di kalangan orang melayu. 

 

Dengan modul yang lebih mudah untuk difahami beserta dengan carta dan nota bantuan, membuatkan peserta tertarik untuk menceburi dunia hartanah. MPH Newbies 2017 bukan sahaja mendedahkan teknik2 dan taktik2 ajaib bagi membantu peserta mencipta kejayaan melalui pelaburan hartanah yang bertanggungjawab dan sustainable, tetapi turut membekalkan peserta dengan ILMU yang dapat mengelakkan kesilapan dan kesalahan yang selalu newbies hartanah lakukan.

Antara speaker-speaker hebat yang turut hadir ialah Dato Nazri (Presiden HartaGuam), Amin Yussof (ID Tersohor Malaya), dan Aziz Ahmad (Real Estate Agent).

Berlabuhnya tirai MPH 2017, MyCribBooking merakamkan jutaan terima kasih di atas penghargaan dan jemputan ke program yang penuh bermanfaat ini. Dengan harapan akan lahirnya lebih ramai pejuang hartanah atau pengusaha-pengusaha homestay dalam kalangan orang Melayu di masa akan datang.


Comment