Meeting with Langkawi Tourism Association

Meeting with Langkawi Tourism Association

16 June 2017 - MyCribBooking ke Cyberjaya di pejabat MCMC untuk membuat perancangan dengan Langkawi Tourism Association bersama-sama Kementerian Pelancongan Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berkenaan program di Langkawi pada bulan July nanti. Meeting tersebut diadakan bersama Langkawi Tourism Association juga bertujuan bagi berkolaborasi untuk menjadikan MyCribBooking booking platform utama bagi usahawan-usahawan guest house, kampungstay, tour package, fun experience di Langkawi


pulau


Perbincangan yang berlangsung juga menyentuh mengenai workshop yang akan dijalankan di Langkawi pada bulan July nanti di mana usahawan-usahawan berkaitan pelancongan akan dijelaskan mengenai aplikasi serta diberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk menggunakan aplikasi kami dari register akaun hinggalah lengkap menyenaraikan guest house atau aktiviti mereka disamping mengetahui feature-feature yang boleh ditemui di dalam aplikasi kami.


pulau


Dengan kolaborasi bersama Langkawi Tourism Association dan MCMC, MyCribBooking kini selangkah lagi kehadapan untuk menjadi booking plaftform dan portal utama berkenaan pelancongan di Langkawi dan Malaysia. Kepada pengusaha-pengusaha di Langkawi, nantikan kedatangan kami di sana ~


Klik di sini untuk install aplikasi kami melalui Google Play Store

Klik di sini untuk install aplikasi kami melalui App Store


Comment