Baru-baru ni min ada melawat lokasi yg terletaknya Makam Hang Tuah, Pahlawan Agung Empayar Melaka suatu ketika dahulu.

Laksamana Hang Tuah

Namanya cukup terkenal dalam mana-mana buku sejarah 'Kerajaan Melaka'. Sehingga masih menjadi kajian para sejarawan nusantara hingga kini. Kewujudan Hang Tuah masih lagi menjadi pertikaian para penyilidik. Ada yang mengatakan watak Hang Tuah adalah hanya mitos. Namun, beberapa pengkaji turut berkata menemui bukti akan kewujudan pahlawan ini.

Antaranya ialah:

- penemuan keris luk 9 oleh kerajaan Ryukyu di Okinawa, dipercayai digunakan oleh kerajaan Melaka pada abad ke-15.

- catatan oleh ahli perubatan Portugis yg tinggal di Melaka.

- surat dokumen rasmi kepada Empaya Ryukyu yg dipercayai ditulis oleh Hang Tuah.

-  catatan peribadi AlFonso de Albuqurque yg menceritakan perihal Melaka dan pahlawan Hang Tuah.

Kepahlawanan Hang Tuah sangat hebat sehingga dikatakan berjaya menumpaskan 200 orang ketika menentang Siam. Bahkan dikatan Hang Tuah juga turut menguasai 7 bahasa.

makam hang tuah

Namun, di akhir hayatnya, hang Tuah menghilangkan diri dan kuburnya yang sebenar masih menjadi tanda tanya. Penemuan kubur Hang Tuah juga dikatakan berada di Palembang. Rujuk artikel ni.

Wasiat terakhir daripada Laksamana Hang Tuah, 'Tak Melayu Hilang di dunia'

 

Jom bercuti ke Melaka dan melihat sendiri tempat-tempat bersejarah di Kota Melaka. Lihat penginapan di Melaka. Klik Sini


Comment