Bagi yang pernah ke Chukai, Terengganu nama Kijal Beach B&B tidak asing lagi. Tapi pada yang tidak pernah ke Chukai, Kijal Beach B&B adalah salah satu tempat yang perlu ada dalam senarai penginapan anda. Kijal Beach B&B berkonsepkan rumah melayu lama di mana, dari segi binaan rumahnya ada beberapa ciri rumah melayu tetapi rekaan dalaman bagi setiap bilik masih mengekalkan cara modern. Untuk pengetahuan anda pemilik Kijal Beach B&B juga tinggal bersama tetapi di kawasan yang berbeza. 

 

Bahagian depan Kijal Beach B&B

 

Kijal Beach B&B menyediakan 4 bilik dan setiap bilik dibekalkan bilik air tersendiri beserta penghawa dingin. Bukan itu sahaja setiap bilik juga dibekalkan minuman segera bagi setiap bilik. Menepati dengan konsep B&B yang diperkenalkan Puan Wan Roslina juga menyediakan sarapan makan tradisional Terengganu bagi tetamu yang menginap disini. 

 

Bentuk rumah yang disediakan

Tarikan utama untuk Kijal Beach B&B ini adalah kecantikkan pantainya. Bagi yang menginginkan suasana pantai yang cantik, tenang dan tidak ramai orang. Ini adalah tempat terbaik untuk anda oleh kerana pantai yang jarak hanya 10 langkah dari homestay ini sangat bersih, privasi dan jauh dari hiruk pikuk bandar.

 

Untuk memudahkan lagi urusan anda boleh book atau untuk maklumat lanjut boleh klik disini atau hubungi kami di 0128178223

Ikuti temubual bersama pemilik Kijal Beach B&B, Puan Wan Roslina Saleh

 

 


Comment