Keterujaan sebenar di Homestay Lonek | MycribBooking

             Sebelum saya memulakan kata-kata saya, izinkan saya bertanya anda satu soalan? Adakah anda lebih suka untuk duduk di rumah tamu atau hotel ? Tidak mengapa, ambil masa anda untuk berfikir.Saya patut meneruskan kata-kata saya dengan pilihan saya sendiri iaitu rumah tamu. Mengapa?Anda patut meneruskan pembacaan artikel ini untuk mengetahui sebabnya. Sebenarnya ini lebih kepada pengalaman saya sendiri di Homestay  Lonek. Saya amat pasti bahawa di hujung ini anda akan mempunyai jawapan yang sama seperti saya.

 

                                                    

 

 Untuk lawatan kami, kami telah mengambil pakej 2 hari 1 malam yang berharga RM180/orang. Banyak aktiviti yang dapat kami lakukan seperti:

       Hari pertama :

  • Sukan rakyat
  • Menangkap ikan menggunakan tangan
  • Malam Kebudayaan

       Hari Kedua :

  • Mengacau dodol
  • Mengemping padi
  • Menanam pokok
  • Menoreh getah
  • Lawatan IKS                          

            Pada pendapat saya,sesetengah daripada anda semua tidak pernah merasa ketenangan berada di sebuah kampung kerana tidak pernah menjejakkan kaki di kampung.Di sini saya kepilkan beberapa gambaran tentang kampung melalui pengalaman saya supaya anda semua dapat melihat dengan lebih jelas. Sebelum itu, saya ditemani sebuah keluarga hos di sana sepanjang percutian saya di sana. Mereka amat mengalu-alukan kedatangan saya seperti saya sebahagian daripada keluarga mereka.

         Kami memulakan aktiviti dengan sukan rakyat untuk menaikkan tahap kecergasan kami. Salah satu daripada aktivitinya ialah tarik upeh yang merupakan aktiviti kegemaran saya.Tarik upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang dimainkan oleh kanak-kanak di beberapa negara ASEAN. Upih pinang adalah pelepah atau pangkal daun pokok pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut. Selain pelepah pinang, pelepah kelapa juga digunakan.

 

 

                Selain itu, saya juga diberi peluang untuk menangkap ikan menggunakan tangan saya sendiri. Orang-orang kampung di sana memanggil aktiviti ini sebagai mengocha ikan. Jadi penangkap-penangkap ikan ini akan membenamkan tangan  jauh ke dalam lumpur sambil meraba-raba ikan-ikan yang menyorok dalam lumpur .Ini dinamakan “mongobok” atau bahasa dewan bahasa dan pustakanya “menyeluk”. “Kobok” maksudnya seluk. Di sini ini saya ingin menyatakan bahawa anda tidak akan dapat merasa menangkap ikan menggunakan tangan sendiri di dalam kesibukan bandar. Kami menutup hari tersebut dengan malam kebudayaan . Terdapat banyak persembahan kebudayaan yang diadakan. Saya amat terpesona dengan keindahan budaya kita.

 

 

                Pada hari kedua, kami memulakan aktiviti kami dengan melakukan senaman pagi sebelum bersarapan. Pihak Homestay Kampung Lonek telah mengetuai aktiviti senamrobik dengan pelbagai pergerakan yang pelbagai dan kreatif diiringi dengan lagu yang menarik. Suasana pagi di Kampung Lonek sangatlah tenang dan udara paginya begitu nyaman dan menyegarkan.

 

 

               Setelah bersarapan pagi, kami ke pusat aktiviti untuk memasak makanan tradisional. Tidak dilupakan, saya sebenarnya mendapat peluang untuk membantu dalam pembuatan dodol. Pada asasnya, manisan dodol ini diperbuat daripada perahan susu dari buah kelapa tua, jageri (gula batu merah yang diperbuat daripada ekstrak tebu atau gula melaka) serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa Dodol akan berubah menjadi melekit, pekat dan manis.Saya tidak dapat menafikan bahawa pengalaman ini tidak dapat dilupakan. Saya juga mendapat peluang untuk melawat sawah padi dan melihat pemprosesannya dengan mata sendiri.

 

               Penegasan bagi semua aktiviti yang diadakan belum lagi saya ceritakan, Homestay Lonek juga menganjurkan program yang dipanggil Go Green Go Clean. Matlamat aktiviti ini adalah untuk memastikan keadaan kampung sentiasa dalam keadaan bersih dan terhindar daripada apa-apa pencemaran.Dengan menanam pokok di sekeliling kampung, kita dapat mengekalkan udara yang bersih dan sihat. Akhir sekali, saya juga mendapat peluang untuk mencuba menoreh getah. Saya dibantu oleh orang yang berkemahiran untuk mengelakkan apa-apa kecedaraan. Aktiviti ini agak menarik tetapi agak susah untuk dilakukan.

 

 

                  Kesimpulannya, pengalaman yang anda dapat dari sebuah kampung terutamanya di Homestay Lonek tidak boleh dibeli di mana-mana. Anda patut pergi ke sana sendiri untuk mendapatkan pengalaman yang sebenar-benarnya. Ianya amat dialu-alukan untuk membawa keluarga anda bersama supaya dapat mengeratkan hubungan sesama sendiri. Itu sahaja untuk masa sekarang, lebih banyak pengalaman di rumah tamu menanti anda!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.mycribbooking.com/view/guesthouse/homestay-kampung-lonek-1-17941

Untuk gambaran pengalaman yang lebih jelas, boleh layari https://youtu.be/tJleuzoQXxY


Comment