Kelebihan Tinggal Di Homestay

Kelebihan Tinggal Di Homestay

Apabila anda bercuti atau melawati sesuatu tempat, sudah pastinya anda mencari tempat untuk menginap. Sebab takkan nak tidur di dalam kereta kut ? Ha, ada beberapa jenis penginapan yang anda boleh pilih, salah satunya ialah homestay. Percutian di homestay popular bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. So, apa yang menjadikan homestay pilihan anda sebagai tempat untuk menginap dan bermalam ? Pada minggu ini, kami ingin nyatakan sedikit tentang kelebihan tinggal di homestay.

Berikut merupakan lima (5) kelebihan tinggal di homestay. Go go homestay go!
1. Kos yang rendah

Yang pertama sekali, anda tidak perlu perbelanjaan yang besar kerana homestay cenderung mempunyai harga yang murah. Homestay boleh dijumpai yang menawarkan harga serendah RM 50 per malam untuk satu bilik bagi kategori roomstay manakala RM 160 bagi sebuah rumah yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang secara berseorangan malah lebih terasa jimatnya apabila menginap bersama keluarga atau dalam kumpulan yang besar.

Homestay Kuah Pulau Langkawi yang berharga RM 160 per malam.

2. Dapat memuatkan lebih ramai orang

Homestay juga sesuai bagi bilangan ahli keluarga yang ramai ataupun yang mempunyai acara seperti hari keluarga, majlis kahwin mahupun rombongan sekolah. Kebanyakkan homestay yang terdapat di website ini adalah yang berkategori rumah iaitu rumah 1 tingkat atau rumah 2 tingkat di mana boleh memuatkan seramai 2 hingga 25 orang di dalam homestaynya yang luas dan selesa. Bilangan bilik tidur pula antaranya dari 1 hingga 5 bilik tidur.

Homestay Melaka Rombongan Bandar Hilir yang boleh memuatkan sehingga 25 orang.

3. Melihat budaya tempatan

Asyik jalan-jalan di shopping complex je, cuba sekali-sekala berjalan di kawasan kampung, lihat dan berbual dengan orang tempatan. Ah, camtu la nak tau tempat-tempat dan makanan-makanan unik kat kawasan tu. Menginap di homestay bukan sahaja dapat melawat tempat tarikan pelancong je, tapi dapat memahami budaya masyarakat tempatan di sekitar kawasan homestay tersebut. Contoh seperti menjamu juadah yang unik di sekitar kawasan itu atau melihat aktiviti orang tempatan seperti menuai padi di Perlis.

Kampungstay Ujung Bukit dimana guest boleh melihat petani menuai padi.

4. Melakukan aktiviti bersama keluarga

Jangan ingatkan homestay ni untuk tidur je. Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama seisi keluarga semasa menginap di homestay. Antaranya yang popular ialah mandi-manda di swimming pool yang sudah disediakan, di taman tema atau di air terjun yang berdekatan. Selain itu anda boleh membeli belah, berkelah, bbq pada waktu malam dan berbagai lagi.

Homestay near Pantai klebang, Melaka dimana boleh mengadakan BBQ

5. Seperti berada di rumah sendiri

Nama pun Home yang bermaksud rumah. Aiceh, macam cikgu pulak.. Maksud kami yang seperti di rumah sendiri ialah kebanyakkan homestay yang berada di website kami ini mempunyai kelengkapan bukan sahaja katil dan shower mandi tetapi kelengkapan seperti cerek, seterika, televisyen, peti sejuk, sejadah dan pelbagai lagi. Tambahan lagi, ada ruang parkir dan juga boleh memasak di homestay.

Homestay Taman Pokok Mangga Melaka yang lengkap dengan kemudahan

Jangan tunggu lama-lama, jika anda ingin melihat serta menempah homestay boleh ke halaman kami dengan menekan link ini dan jangan segan silu untuk meninggalkan komen di bawah.


Comment