Percutian ala "Go Back to Nature"

Desa Balqis 2 Pada cuti sekolah baru - baru ini seperti biasa kami sekeluarga merancang untuk bercuti. Kali ini pilihan kami adalah percutian di dalam negara. Sebenarnya banyak lagi tempat - tempat percutian yang 'rare' dekat Malaysia ni yang boleh di explore. Tema kali ini adalah "Go Back to Nature". Setelah meneliti beberapa pilihan akhirnya kami membuat keputusan untuk ke Kuala Sungai Baru, Linggi dan menginap di Desa Balqis. Kami bertolak pada pukul 1200 pm dari Shah Alam hari Rabu 16 March yang lalu dan kami tiba di Kuala Sungai Baru pada pukul 4 pm pada hari yang sama. Perjalanan ke sini agak mencabar kerana terpaksa melalui jalan - jalan kampung yang kurangnya sign board. Setelah call pihak Desa Balqis yang banyak membantu, kami akhirnya tiba di sini. Pengajaran di sini kalau travel ke tempat - tempat yang kita tak biasa, jangan pergi tanpa "waze". Di Desa Balqis kami menempah Homestay "Rumah Mama" yang mempunyai 2 bilik berharga RM 550/semalam termasuk breakfast untuk 6 orang. GambarHomestay "Rumah Mama" di waktu malam. Desa Balqis Ternyata pilihan kami memang tepat. Desa Balqis tidak mengecewakan. Dengan konsep rumah kayu ala kampung yang tidak lagi menjadi satu kebiasaan di Malaysia terutamanya untuk anak - anak generasi x, y dan alpha ia memang unik. Saya, isteri dan anak - anak yang membesar di bandar terasa sangat teruja dengan keindahan dan suasana kampung seperti zaman 50 - 60 an itu. Tidak di nafikan atuk dan nenek saya dari kampung tetapi perumahan kampung zaman 80 an telah berubah tidak lagi seperti yang terdapat di Desa Balqis. Rata - rata telah berubah samada separa kayu dan batu ataupun rumah batu. Antara Rumah yang paling unik di Desa Balqis Melaka, "Rumah Balqis". Rumah Balqis ini mempunyai 2 bilik yang dilengkapi katil queen Desa Balqis 2 Setiap homestay disini di lengkapi dengan kipas, aircond (bilik), tv, mini bar atau peti ais. Tetapi anda dilarang memasak disini. Homestay ini dilengkapi dengan swimming pool yang terletak berhadapan dengan laut. Pemandangan yang cantik dan angin sepoi - sepoi bahasa sungguh menenang dan mendamaikan. desa balqis 11 Aktiviti pagi - pagi kami ialah mengutip remis di private beach Desa Balqis. Sungguh mengejutkan kami kerana berjaya mengutip remis sehingga 3 bag plastik ! Setelah itu kami merayau di sepanjang pantai sebelum terjun ke dalam swimming pool sebelum check out. desa balqis 18 Swimming Pool desa balqis 19 Kami mulanya bercadang untuk tidur hanya semalam disini dan meneruskan perjalanan ke Johor Bahru untuk mengintai homestay - homestay di sana tetapi kerana keindahan suasana kampung, kedamaian disini kami membuat keputusan untuk menyambung satu malam lagi di sini. Kali ini kami bukan keseorangan tetapi kami di sertai oleh pak su dan mak su sekeluarga yang teruja dengan gambar yang kami post di instagram. Oleh kerana itu kami pun berpindah ke unit lain yang mempunyai 3 bilik "Rumah Hj Mat Zain" yang lebih besar. Rate Rumah Hj Mat Zain musim cuti sekolah adalah RM 830/semalam termasuk breakfast untuk 12 orang tetapi kami diberi diskaun RM 730 oleh pengurusan Desa Balqis yang baik hati. Malam disini meriah seperti malam raya di kampung - kampung dengan lampu - lampu yang cantik dan masing - masing sibuk dengan aktiviti barbeque. Peralatan barbeque juga disediakan oleh pihak homestay. desa balqis 16 Kami juga tidak terlepas daripada melakukan aktiviti yang sama. Berdekatan Desa Balqis terletak berdekatan dengan Restoran Nelayan dan Pasar Nelayan Melaka Tengah. Kami beli bahan - bahan mentah ikan, udang, sotong di situ, harga sangat berpatutan. desa balqis 17 Suasana Malam di Desa Balqis. desa balqis 13 Jenis-Jenis homestay di Desa Balqis Desa Balqis 3   Desa Balqis 4   Homestay Rumah Pak Long desa balqis 6 Homestay di bawah mempunyai 4 bilik tidur desa balqis 7 Homestay ini hanya mempunyai 1 bilik tapi yang bestnya ia berhadapan dengan laut desa balqis 8 Antara kemudahan di homestay ini adalah surau. desa balqis 9 Padang di Desa Balqis desa balqis 10 Pemandangan laut daripada swimming pool di Desa Balqis. desa balqis 15 Review MyCribBooking Desa Balqis memang terbaik untuk percutian berkeluarga ataupun percutian group kawan - kawan yang besar. Dengan fasilitis yang ada juga ia amat sesuai untuk dijadikan lokasi untuk family day. Ia juga amat sesuai untuk memperkenalkan kehidupan ala kampung kepada - kepada generasi baru. Jika anda ingin mencari homestay [advanced_search title="Homestay Search"][/advanced_search]   Belum iklan homestay anda ? Klik Submit Property

Comment