Setelah selesai melawat ke Homestay MZR, mycribbooking dan wakil dari mcmc singgah pula di Dalyla Inn yang terletak di Taman Kenari, 24000 Chukai, Terengganu. Dalyla Inn mempunyai beberapa buah bilik dan setiap bilik mempunyai tandasnya sendiri. Dalyla Inn ini juga sering menerima tetamu untuk membuat majlis perkahwinan, reunion, hari keluarga dan juga sediakan kemudahan untuk BBQ. Dengan laman yang sangat luas boleh memuatkan sehingga 6 buah kereta dalam satu masa di kawasan perkarangan Dalyla Inn. 

 

Salah satu bilik di Dalyla Inn
 

Dalyla Inn menyediakan 13 buah bilik, dan harga bagi setiap bilik termasuk sarapan adalah RM120.

Bagi yang ingin menenangkan fikiran atau rehat dari segala kesibukan bekerja, Dalyla Inn sangat sesuai dengan anda kerana persekitaran kampung yang aman dan damai, sangat dekat dengan sungai berhadapan dengan Dalyla Inn. 

Berikut adalah sedikit paparan di sekitar Dalyla Inn

Laman utama Dalyla Inn

 



Kawasan Cafe Dalyla Inn

 

Sungai berdekatan jarak hanya 50 meter dari Dalyla Inn
 

Sewaktu kami melawat ke Dalyla Inn kami bertemu dengan anak saudara pemilik Dalyla Inn, ikuti temubual bersama wakil dari Dalyla Inn disini.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0128178223

 

 


Comment