CARA MUDAH UNTUK MEMAPAR ATAU MEMPROMOSI HOMESTAY ATAU GUESTHOUSE

 

Pada era masa kini, penggunaan Google sangatlah luas dan menjadi pusat rujukan utama bagi setiap orang. Google mempunyai pelbagai aplikasi yang sangat terkenal dan mudah untuk diguna pakai. Antaranya ialah, Gmail, Google translate, Google Maps dan Waze iaitu salah satu aplikasi yang sangat popular dikalangan pengguna internet.

Penggunaan Google adalah sangat luas dan meliputi seluruh dunia. Pernah tak anda terfikir bahawa dengan memaparkan homestay atau guesthouse di Google Map akan memudahkan homestay anda diketahui oleh pihak Google bahawa anda menawarkan perkhidmatan penginapan di sesetengah tempat? Dengan ini, homestay atau guesthouse anda akan diketahui oleh pengguna Google sekaligus memudahkan pengguna mengetahui kedudukan homestay anda.

LIHAT GAMBAR DIATAS SEBAGAI RUJUKAN 

Langkah 1: Buka laman web Google Map. (Sebelum itu, pastikan anda memiliki akaun Gmail dan anda boleh melog masuk sama ada menggunakan peranti telefon atau laptop)

Langkah 2: Cari tempat atau daerah yang berdekatan dengan lokasi kedudukan homestay atau guesthouse anda.

Langkah 3: Klik di kanan tetikus atau "Right click". Sekiranya menggunakan telefon, tekan lama pada skrin anda di peta tersebut dan klik pada "Add a missing place".

Langkah 4: Isi nama dan alamat homestay atau guesthouse anda di ruangan yang disediakan. anda juga boleh mengisi kategori, nombor telefon, laman web dan waktu perniagaan anda beroperasi (jika ada). Sila pastikan anda menisi bandar, negeri dan zip code (jika perlu). Semakin banyak maklumat yang anda isi, pihak Google akan mengesahkan kewujudan alamat lokasi homestay anda dengan cepat.

Langkah 5: Tekan butang "Submit" untuk menghantar maklumat anda.

PERHATIAN: Dengan menekan butang tersebut, homestay atau guesthouse anda tidak akan wujud dengan serta merta pada Google Map. Pihak Google akan mengambil masa selama 1 sehinggs 2 minggu untuk pengesahan permohonan anda. Anda akan menerima E-mail sama ada permohonan diterima atau ditolak dalam masa 2 minggu.

Seterusnya, tuntut perniagaan anda di Google Map

Selepas Google menerima permohonan untuk memaparkan homestay atau guesthouse anda pada Google Map, anda boleh mengawal maklumat ingin dipaparkan. Pihak Google juga membenarkan untuk membuat sebarang perubahan pada maklumat homestay atau guesthouse anda pada Google Map.

Terdapat beberapa langkah yang yang perlu diikuti untuk mendapatkan "free business listing" bagi homestay atau guesthouse anda di Google.

Langkah 1: Sila layari laman web Google Map, setelah itu cari nama homestay atau guesthouse anda. kemudian, klik pada 'Claim this business'.

Langkah 2: Anda akan menerima poskad daripada Google untuk mengaktifkan perniagaan anda di Google Map.

PERHATIAN: Sebelum meneruskan ke langkah yang seterusnya, sila pastikan alamat yang diberikan adalah betul dan ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu akan sampai kepada anda.

Langkah 3: Layari laman web, Google business dan log masuk menggunakan akaun Gmail anda. Selepas daripada itu, anda hanya perlu mengesahkan alamat anda menggunakan kod yang telah diberikan dalam poskad yang diterima.

TAHNIAH !

Anda kini boleh mula mengurus maklumat perniagaan homestay atau guesthouse anda di Google. 

Sekiranya mana-mana pihak pengguna ingin menukar atau mengubah sesuatu maklumat homestay atau guesthouse anda, anda akan terus mendapat E-mail daripada Google untuk mengesah atau menolak perubahan tersebu

 


Comment