Bagaimana Untuk Menambahkan "sale" homestay anda

Bagaimana untuk menambahkan "sale" homestay anda

4 cara untuk anda menambahkan sales homestay anda.

Social Media

Social media memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Ia berkembang pesat seiring dengan teknologi yang menjadi "enabler" social media seperti smartphone, tablet dan Ipad di ikuti dengan teknologi internet yang bertambah baik sejak 10 tahun yang lalu.  Social media seperti Facebook, Instagram dan twitter adalah kemestian untuk semua orang masa kini termasuk online marketing. Kalau kita lihat ramai pengusaha - pengusaha homestay yang telah beralih dari marketing konvensional kepada social media. Bunting, pamphlet, flyers sudah ketinggalan zaman. Ini adalah satu perkembangan yang baik untuk industri. Tetapi ini belum cukup kerana social media sesuai untuk memperkenalkan homestay tapi bukan untuk "sale conversion" kerana menurut kajian kurang daripada 10% marketing melalui facebook berjaya menukar pelanggan menjadi "paying customer".

Online Classified ads website

Ini adalah satu lagi cara untuk menambahkan "sale" anda. Dengan gambar - gambar yang menarik dan informasi yang lengkap, ia akan menarik lebih ramai pelanggan ke homestay anda. Antara Online Classified ads website yang ada di Malaysia ialah Mudah.com dan Lelong.com. Cuma kelemahan cara ini adalah pelanggan masih perlu mencari di internet dan menelefon untuk mengetahui tentang kekosongan homestay tersebut. Kemungkinan iklan homestay anda tidak dapat dicari oleh pelanggan juga besar kerana cara sistem carian di website seperti ini adalah "last in first out" erti kata lain jika iklan anda dipost 2 - 3 hari lepas kemungkinan besar dia berada di page 3 - 4 ruangan iklan tersebut. Kecuali jika anda membeli ruangan iklan . Kebarangkalian penipuan juga boleh berlaku kerana tiada pengesahan profil dan bayaran.

Website

Website adalah pilihan terbaik untuk homestay anda. Bukan sekadar website tetapi senang dicari di sistem carian seperti google dan pelanggan boleh mengetahui kekosongan homestay anda, membuat tempahan dan juga bayaran secara online. Cara ini memerlukan banyak masa dan pengetahuan tentang IT untuk anda mengawalsedia website tersebut dan memerlukan pelaburan yang besar dan mungkin untuk pengusaha individu ia tidak 'viable'.

Online booking portal

Online booking portal adalah pilihan terbaik untuk pengusaha - pengusaha individu seperti anda kerana syarikat - syarikat ini telah menyediakan infrastuktur - infrastruktur yang di perlukan untuk anda menjalankan perniagaan online seperti website, servers, pegawai operasi yang terlatih, sistem keselamatan, marketing offline dan online dan sebagainya. Anda hanya perlu menyertainya untuk meningkatkan visibility homestay anda yang mana memudahkan pelanggan mencari dan membuat tempahan. Antara-antara online booking portal didalam market :
  1. MyCribBooking.com (startup untuk homestay dan rumah percutian)
  2. Airbnb (untuk rumah percutian)
  3. Agoda (untuk hotel)
  4. booking.com (untuk hotel)
  5. trivago (untuk hotel)
Sesetengah daripada online booking system ini mengenakan fee untuk menyertai mereka dan mengenakan komisen terhadap setiap tempahan yang berjaya kepada pengusaha terutamanya yang berfokuskan hotel tetapi terdapat juga website - website yang memberi servis ini secara percuma seperti MyCribBooking.com dan AirBnB. Anda hanya mendaftarkan homestay ataupun penginapan anda tanpa sebarang Fee. MyCribBooking mempunyai kelebihan tersendiri kerana memperkenalkan option "Managed Service" kepada mereka yang "takut" kepada teknologi atau tidak mahu menguruskan akaun mereka sendiri. MyCribBooking akan mendaftarkan homestay - homestay di dalam website dan mengawal selia segala aktiviti booking homestay anda. Anda hanya perlu bersedia menerima panggilan daripada personnel MyCribBooking untuk mendapatkan "Approval" tempahan daripada pelanggan dan duit tempahan akan disalurkan terus ke bank akaun anda. Mudahkan ? MyCribBooking hanya mengenakan fee yang minima untuk servis ini dan anda hanya akan perlu membayarnya hanya apabila terdapat tempahan yang berjaya. Untuk keterangan lanjut anda boleh pergi ke link ini atau sila hubungi MyCribBooking di nombor 03-77340784 atau 010 838 1978.

Comment