10 TEMPAT MENARIK DI SHAH ALAM SELANGOR

Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor dan merupakan pusat industri terkemuka di negra ini. Siapa yang tidak tahu dengan bandaraya Shah Alam ni kan?

Bandaraya Shah mula diiktiraf dan dirasmikan secara rasmi pada tahun 2000. Namun, jika anda berkunjung ke Shah Alam, tahukah ke mana destinasi yang and nak tuju? Berikut MyCrib kongsikan buat korang:

10 TEMPAT MENARIK DI SHAH ALAM

1.TAMAN BOTANI NEGARA SHAH ALAM

Taman Botani Negara Shah Alam terletak di Bukit Cerakah. Menariknya di sini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti, seperti berbasikal, jungle trekking, flying fox dan banyak lagi. Antara yang selalu menjadi perhatian pengunjung ialah The Four Season House, Taman Haiwan, Taman Buah-buahan Tropika, dan Skytrex Adventure. Lebih 14 Taman yang terdapat di Taman Botani Negara Shah Alam ini. Bayaran masuk ke sini pula ialah antara Rm3 ke Rm5 sahaja. Waktu operasi pulabermula jam 8pagi hingga ke 5petang.

 

2.i-CITY SHAH ALAM

i-City Shah Alam pula merupakan Taman Tema yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Mula beroperasi pada jam 6petang hingga 1pagi. i-City Shah Alam memang sangat meriah jika dilihat pada waktu malam dengan nyalaan lampu-lampu menghiasi setiap pokok yang terdapat di sekeliling Taman Tema ini. Antara yang menarik di i-City ialah:

- Snow Walk (rumah salji) bayaran masuk antara rm25 ke rm50 setiap seorang.

- Waterworld i-city (taman tema air) bayaran masuk antara rm25 ke rm50 setiap seorang.

- House of Horror (rumah hantu) bayaran masuk rm15 seorang.

- Trick Art Museum (muzium seni) bayaran masuk rm10 seorang

- Red Carpet (patung lilin) bayran masuk antara rm40 ke rm100 setiap seorang.

 

3.GALERI SHAH ALAM

Galeri Shah Alam merupakan galeri kesenian yang mempamerkan lukisan-lukisan dan hasil artistik daripada pelukis-pelukis tempatan dan luar negara. Terletak di Seksyen14 iaitu berdekatan Taman Tasik Shah Alam. Mula beroperasi pada jam 8.30pagi hingga 5.30 petang, pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja.

 

4.WET WORLD WATER PARK SHAH ALAM

Wet World Water Park Shah Alam juga terletak di Seksyen14 Shah Alam dan merupakan satu-satunya Taman Tema Air yang terdapat di Shah Alam. Dibuka pada setiap hari bermula jam10pagi hingga 6petang. Bayaran masuk pula ialah antara rm25 ke rm30 saja.

 

5.SELANGOR INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS COMPLEX

Selangor International Islamic Arts Complex pula terletak di Seksyen10 Shah Alam dan diuruskan oelh Yayasan Restu. Merupakan tempat kebudayaan dan kesenian Islam seperti seni khat, dan artifak sejarah Islam. Dibuka jam 930pagi hingga 5ptg. Bayaran masuk adalah percuma sahaja.

 

6.TAMAN TASIK SHAH ALAM

Taman Tasik Shah Alam merupakan lokasi riadah para keluarga dan juga menjadi lokasi tumpuan ramai di hujung minggu bahkan pada setiap hari. Majoriti pengunjung ke sini untuk bersenam, berbasikal, berkayak, bersantai, dan berkelah bersama keluarga. Taman Tasik Shah Alam yang luas dan dihiasi dengan banyak pokok-pokok yang rendang menjadikan tempat ini redup dan santai.

 

7.CITY KARTING SHAH ALAM

Bagi yang gemar aktiviti permotoran, anda boleh pergi ke City Karting Enterprise. City Karting Enterprise ni terletak bersebelahan dengan Stadium Shah Alam. Dibuka pada setiap hari bermula jam 10pagi hingga 7ptg. Kadar bayaran pula bermula rm53 ke rm85 bergantung pada sesi yang ditawarkan. 

 

8.MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ

Masjid ini turut dikenali sebagai 'Masjid Biru' dan merupakan antara masjid yang terunik di Malaysia. Seni kaligrafi Islam menghiasi pada bahagian tepi kubah dan dewan solat utama. Manakala seni bina dalaman pula mempamerkan unsur-unsur reka bentuk etnik Melayu.

 

9.PERPUSTAKAAN RAJA TUN UDA 

Perpustakaan Raja Tun Uda terletak di Sekyen13 Shah Alam. Rekabentuk bangunanya amat menarik dengan bercirikan kebudayaan Bugis. Rekaan pada bahagan dalamannya pula merupakan gabungan antara budaya timur dan barat. Perpustakaan ini dibuka pada jam 10pagi hingga 7ptg.

 

10.LAMAN SENI SHAH ALAM

Laman Seni Shah Alam terletak di Sekyen7 Shah Alam. Terdapat pelbagai lukisan mural dan rekaan seni yang menghiasi dinding-dinding bangunan di sekitar kawasan komersial Seksyen7 ini. Lokasi ini memang sesuai untuk mereka yang sukakan bergambar. 

 

Jadi itulah antara 10 Tempat Menarik di Shah Alam yang sempat MyCrib kongsikan.

Kalau anda nak cari penginapan di sekitar Shah Alam ni pula, tak perlu risau. Banyak je penginapan yang ditawarkan di Shah Alam ni.. Boleh lihat di sini..

So, selamat bercuti ke Shah Alam ya! 


Comment