10 Kuih Muih yang Popular di Bulan Puasa

Kali ni MyCrib nak share sket antara kuih muih yang selalu terdapat di bazar ramadan sepanjang bulan puasa ni. Buat yang gemarkan kuih-muih tempatan ni, mereka pasti akan cari kuih-muih untuk dijadikan juadah berbuka. Tak lengkap katanya berbuka tanpa kuih tradisi!

 

1. Nona Manis

Kuih ni berbentuk bulat dan berwarna hijau pada bahagian luar dan putih pada bahagian dalamnya. Diperbuat drpd santan dan gula, rasanya memang sedap dan lembut.

 

2. Kuih Lopis

Kuih ni pula berwarna hijau dan disaluti dengan inti kelapa pada permukaannya. Kuih ni tak lengkap jika tidak dimakan bersama-sama dengan manisan atau gula melaka. Pernah makan tak?

 

3. Ketayap

Hurm.. kuih ni pula memang selalu dijumpai kat mana-mana gerai makan pagi. Bentuk dia seakan-akan popiah, berwarna hijau. Isi dalamnya ialah inti kelapa dan rasanya manis-manis gitu. 

4. Kuih Cara

Ok, kuih ni pula berbentuk sepeti bahulu. Isinya ialah manisan seperti air gula, gula melaka atau susu. Bergantung pada si pembuat. Selaunya kuih ni bertangkup antara satu sama lain, tanda kesetiaannya pada pasangan. 

 

5. Tepung Pelita

Tepung pelita memang popular sepanjang bulan ramadan ni. Ke mana saja bazar ramadan yang anda pergi pasti akan ternampak dengan kuih ni. Dibaluti dengan daun pisang dan berwarna putih pada permukaan atasnya. Rasa manisnya terletak pada bahagian bawah. Kalau tak pernah cuba kena la cuba ya.  

6. Burger Malaysia

Kuih ni min tak pasti nama sebenarnya di tempat korang. Tapi ramai orang yang panggil kuih ni dengan nama 'burger Malaysia' . Dalamnya diisi dengan sambal ikan bilis dan timun.

 

7. Karipap 

Kuih karipap ni memang semua orang tau. jadi tak perlulah min nak huraikan lagi berkaitan kuih ni. Cuma di bulan puasa ni mungkin para penjual mempelbagaikan lagi isinya seperti karipap inti daging, inti ikan, inti kambing dan sebagainya. Mungkin juga ada karipap inti 'ciput'. Hati-hati! Ramai peniaga kreatif sekarang ni.

8. Samosa

Kuih ni pula berbentuk segitiga. Isinya ada daging, ikan dll. Memang enak dan rangup. Part yg paling min suka bila bunyi 'krupppp'.

9. Popiah

Popiah juga antara kuih muih yang sangat popular di bulan puasa ni. Ada yang gemar makan popiah goreng dan ada pula yang sukakan popiah basah. Namun kedua-duanya tidak mengecewakan.

 

10. Donut

Kuih donut ni memang tak luput dek zaman. Memang selalu ada dijual dan selalu ada permintaannya.

Sekian saja, perkongsian daripada MyCrib. Selanjutnya korang kena la explore sendiri. Banyak lagi sebenarnya kuih muih tradisional lain yang popular sepanjang ramadan ni seperti kuih lompat tikam, seri muka, badak berendam, kole kacang, akok, dll. Sekali sekala  cuba la makan kuih-kuih tradisi ni ya! Selamat berbuka...

 

p/s : Nak Cari Penginapan? Layari je laman web www.mycribbboking.com | Lebih 700 penginapan terbaik di seluruh Malaysia untuk anda nikmati. 


Comment